6.16.2009

Mencemarkan Profesion Perguruan

Cemar etika, martabat guru....

Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.

“Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.

Lebih memualkan, guru terbabit turut mendakwa tindakannya itu sebagai pendedahan awal kepada gadis berkenaan dalam menempuh alam remaja.

Guru terbabit juga kenalan ibu dan bapa remaja berkenaan dan kegiatan itu terbongkar selepas pelajar tingkatan empat itu mahu menukar guru tuisyen dan selepas didesak keluarga, dia menceritakan kejadian sebenar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails