5.13.2009

SUHAKAM : 'Berikan kuasa kepada rakyat semula'

Suhakam bersuara....

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat krisis politik di Perak tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa diberikan semula kepada rakyat.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, andaian tersebut berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku selepas pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar diikuti kejadian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam juga menyukarkan proses pemulihan krisis politik di Perak.

Sehubungan itu beliau memetik kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh yang menyifatkan keadaan politik di Perak telah sampai ke satu tahap yang memerlukan rakyat membuat pemilihan semula.

Artikel 21 Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kehendak rakyat akan dijadikan asas kuasa kepada kerajaan.

Masanya telah tiba untuk rakyat Perak diberikan peluang melaksanakan hak memilih semula kerajaan yang menjadi asas kepada hak asasi manusia. Hanya kerajaan yang stabil dapat memastikan hak untuk menikmati keharmonian dan mencapai kemajuan boleh dicapai.

Pihak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya bersedia mendengar perbezaan pandangan di samping bersikap toleransi dan menerima demonstrasi awam yang menentang dasar dan tindakan tidak popular.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails