5.17.2009

'Guru Pembina Negara Bangsa'

'Hadiah' Hari Guru..

Hari Guru ke 38 Peringkat Kebangsaan di sambut di Taman Tamadun Islam Kuala Trengganu. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Beberapa pengumuman oleh pihak kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan antaranya adalah :

i.Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

ii.Kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

iii.Pemberian insentif RM200 sebulan kepada Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Pembayaran insentif itu dikebelakangkan mulai tarikh kuat kuasa iaitu Januari 2009.

iv.Kerajaan bersetuju memanjangkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang turut berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman dengan pembayaran juga dikebelakangkan mulai 1 Mac 2009.

Pertambahan kuota melibatkan 12 jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C iaitu daripada 24 kepada 36, Guru Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 100 kepada 134 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG52 daripada 250 kepada 336 jawatan.

Turut ditambah ialah Guru Cemerlang Gred DG48 daripada 1,000 kepada 1,345 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG44 daripada 4,000 kepada 5,379 jawatan.

Bagi Pengetua Cemerlang Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ditambah daripada 10 kepada 20 jawatan dan Pengetua Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 200 kepada 475 jawatan manakala Pengetua Cemerlang Gred DG52 dikekalkan 400 jawatan.

Bagi sekolah rendah pula, jawatan yang diwujudkan untuk PPP siswazah adalah Guru Cemerlang Gred DG48 sebanyak 173 jawatan manakala 1,737 jawatan pula untuk Guru Cemerlang Gred DG44.

Selain dari itu, PPP bukan siswazah juga akan menikmati laluan kerjaya sama apabila kerajaan selesai melakukan kajian mengenainya tidak lama lagi.

Semoga dengan pengumuman beberapa iensentif ini dapat meningkatkan lagi martabat profesion perguruan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails