5.10.2009

Dirogol Didalam Surau..

GUA MUSANG 9 Mei - Tidak mengira tempat.

Apa nak jadi dengan negara kita.... Sudah tiada lagi tempat yang selamat. Dalam surau pun boleh menjadi mangsa penjenayah. Dan yang terkini adalah kejadian rogol di dalam surau.

Begitulah terjadi kepada seorang tukang masak apabila menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya di dalam sebuah surau di stesen kereta api di sini awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20-an, sedang tidur dalam surau itu untuk berehat sementara menanti perjalanan seterusnya kereta api ke Johor Bahru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hasan berkata, mangsa mengenali suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu semasa menaiki kereta api dari Wakaf Bharu, Tumpat.

Beliau berkata, sebaik tiba di stesen Gua Musang, kereta api itu telah berhenti seketika dan mangsa mengambil kesempatan untuk turun.

"Mangsa bagaimanapun tertidur di dalam surau. Suspek yang melihat keadaan itu kemudian merogol mangsa. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gua Musang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kota Bharu dan bekerja sebagai tukang masak di Johor Bahru kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol kerana terdapat kesan koyakan.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails