4.10.2010

Guru Di Sekolah Dah Tak Selamat

Pelajar Cedera Selamatkan Guru Dari Diserang

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini.

Kedua-dua lelaki itu yang berumur 18 dan 23 tahun kemudiannya diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.

"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang dari suspek.

"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.

Noor Azam berkata melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.

"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.

Noor Azam berkata guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. - BERNAMA

1 comment:

  1. salam..bila baca entri sebelum dan terkini ni..memang akui kejadian ni bukan kat bandar je,kat kampung pun dah mula...

    masalah kerja lain, masalah fikirkan murid...

    buat dengan penuh kesabaran..walau memang pahit dibuatnya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails