KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.
Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.
Janda masih bergetah... Abang Nepal 'power' |
Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.
Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.
“Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya. - HM
SEKADAR RENONGAN....
Hukum Khalwat :
Berkata Al-Qaradhawi dalam Kitab Al Halal Wal Haram Fil Islam :
Jangan Mendekati Zina :
Tidak menghairankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan.
Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan penekanan yang sangat tajam kerana perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak.
Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah:
“Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra’: 32)
Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu.
Justeru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.
No comments:
Post a Comment