Ayah macam binatang...
Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan
seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita
kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan
dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.
KEADAAN kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera dipercayai akibat didera bapa tirinya |
Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30
petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di
badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta
bernanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan
berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.
Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.

“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan
seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26
tahun.
- HM
Sakadar renungan...
Anak adalah amanah Allah yang sangat besar
dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk
memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba
moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu
dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai
ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia
yang mempunyai akhlak yang baik.
Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga.
Dari segala
pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa,
maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat
menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa
berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu
melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan
tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.
Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.
Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

yang xde anak, berubat sana-sini, yg ade anak dera anak pulak-lebih teruk dari binatang.
ReplyDelete