Kuala Terengganu: “Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya,
kini anak pula jadi sasarannya,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur,
31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat
didera teman lelakinya.
Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan
dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad
kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang
dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat
memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan
lalu.
“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.
“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.
“Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.- HM
No comments:
Post a Comment