6.26.2013

Bapa Dera Anak Macam Binatang

Ayah macam binatang...
 
Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.

KEADAAN kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera dipercayai akibat didera bapa tirinya

Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.

“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun. - HM

Sakadar renungan...

Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik. 

Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. 

Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.

Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

 

6.18.2013

Khalwat Lagi... Janda Anak 3 Sanggup Kawin Abang Nepal Bukan Islam

KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin. Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang. 

Janda masih bergetah... Abang Nepal 'power'
Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja. Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam. 

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor. 

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan. 

“Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya. - HM


SEKADAR RENONGAN.... 

Hukum Khalwat : 

Berkata Al-Qaradhawi dalam Kitab Al Halal Wal Haram Fil Islam : 

Jangan Mendekati Zina :

Tidak menghairankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan. 

Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan penekanan yang sangat tajam kerana perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. 

Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah: 

“Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra’: 32) 

Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu.

Justeru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.

Ditangkap Hanya Memakai Tuala - Sarjan Berkhalwat Dengan Kekasih Gelap

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin. 

Sarjan hanya pakai tuala menutup badan
Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu. 

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan. “Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak. 

“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam serbuan berkenaan. 

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim. 

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing. 

“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

“Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya. Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 pagi.- HM

6.17.2013

Lelaki Kena Belasah Angkara 'Main' Dengan Isteri Orang Anak Satu

BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. 

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih  sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. 

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. 

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih. Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu. 

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. 

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan. 

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung. 

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis. 

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu. 

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi. 

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu. 

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini. 

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan. 

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.- HM

6.15.2013

Gaji Orang 'Gomen' Naik Lagi Bermula Julai

Orang-orang gomen dah tak sabar nak naik gaji bermula Julai nie.... Tahniah Orang Gomen! 

Tapi jangan lupa terutamanya orang kampung yang jual sayur kat Parit Sulong... orang kampung yang duduk di pendalaman, orang kampung yang jual nenas, pisang, ubi kayu, keledek, keladi selatah dan yang seangkatan dgnnya... 

Jangan dilupakan juga abang kakak yang kerja operator kilang, Mak Cik Pak Cik 'cleaner', abang Jaga, driver teksi dan seangkatan dengannya.... Sebab .... nie punca 'barang naik'.. Dah naik, dia tak kan turun... Satu je yang turun..... "Hujan Dah turunnnnnnnnn... Angkat jemuran!"

Penjawat awam naik gaji lagi satu kenaikan julai ini - Boleh merujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5TAHUN 2013 

Untuk melihat pekeliling yang berkaitan,
sila klik imej di bawah!





6.14.2013

Wanita Maut Ketika Masih Dalam Pantang

Seremban: Seorang wanita yang masih dalam pantang maut manakala suaminya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 249.7, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi semalam.


Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit, Abdul Rahman Abu Bakar, 27, dan Julia Osman, 26, dipercayai menuju pulang ke rumah mereka di Semenyih, Selangor selepas bercuti di kampung halaman si suami di Muar, Johor.

Katanya, Julia maut di tempat kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan parah apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan berat sebelum terbabas dan berada dalam kedudukan melintang di lorong kanan lebuh raya.

“Ketika memandu di lorong kiri, kereta Perodua Viva dipandu wanita terbabit hilang kawalan sebelum dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat lalu terbabas dan melintang di lorong kanan jalan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala akibat tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.- HM

Peroslannya...

Mengapa bagi isteri yang dalam PANTANG tuu memandu kereta.... Kan namanya pun dalam pantang... Pantang lah semuanya....  termasuk Pantang Memandu!!!

Kekasih Durjana! Anak Ditekup Pada Ekzos Motosikal

Kuala Terengganu: “Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.


Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.

“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.

“Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.- HM




6.13.2013

Penafian Volkswagen Dan Peugeot Memalukan BN

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.
"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen "TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu.

Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.- Malaysiakini

Kemalangan Ngeri : Kakak Digilis Lori 10 Tan Didepan Mata

Raungan pilu seorang adik melihat kakak digilis lori....

Penampang: Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang adik apabila melihat kakaknya digilis lori kontena 10 tan di depan mata.


Kejadian di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar itu berlaku dalam sekelip mata apabila Samsidar Samaruddin, 21, dari Kampung Andus Papar, yang membonceng motosikal ditunggang adik lelakinya itu terjatuh selepas bergesel dengan lori berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan, namun adik lelakinya hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Adik mangsa hanya mampu meraung melihat keadaan kakaknya dan ditenteramkan ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian.

Ibu mangsa yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian pula pengsan sebaik melihat keadaan mayat anak kedua daripada enam beradik yang dalam keadaan mengerikan itu. -HM

6.11.2013

Dipukau Untuk Jadikan Perempuan Simpanan

Mantera ragut dara....

Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.

NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.

Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Janin Di Letak Atas Tangga Masjid

SEGAMAT - “Maaf, saya sudah melakukan kesalahan yang amat berat. Minta tolong imam kebumikan janin ini mengikut cara Islam,” itu antara isi kandungan nota yang ditemui di dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Jamek Gemereh, di sini, awal pagi semalam. 

Anggota polis memeriksa janin yang diletakkan di dalam bungkusan di Masjid Jamek Gemereh, semalam.
Mayat janin terbabit ditemui oleh Isa Md Amin, 65, noja masjid yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan rumah ibadat berkenaan selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah. 

Isa berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara yang ganjil pada bungkusan berkenaan kerana menganggap itu hanyalah sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung masjid. “Namun, saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada bungkusan hitam berkenaan apabila terpandang nota tulisan tangan yang ditinggalkan di dalam beg tersebut dan ketika itu saya mula terhidu bau yang kurang enak. 

“Saya hampir pengsan apabila baca nota itu yang meminta sesiapa menjumpai janin ini supaya mengebumikannya mengikut cara Islam. “Ketika itu saya sudah tak senang duduk dan tidak berani melihat isi kandungan beg tersebut dan segera menghubungi imam masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Isa berkata, dia segera menghubungi imam masjid, Zakaria Yaacob, 78, yang ketika itu baru saja pulang ke rumah terletak tidak berapa jauh dari masjid. Sementara itu, Zakaria berkata, ketika dihubungi Isa pada jam 7.10 pagi, dia baru saja sampai ke rumah dan bergegas kembali ke masjid untuk melihat sendiri janin berkenaan. 

“Sampai-sampai saja, saya segera menyuruh anak saya yang ikut sama untuk memaklumkan perkara ini kepada polis sebab saya sendiri tidak berani untuk membuka bungkusan tersebut. “Ini kejadian pertama orang buang janin di sini. 

Lima tahun lepas ada orang yang pernah buang bayi di kawasan masjid. Hari ini (semalam) ada orang buang janin pula. Pagi tadi ada jemaah yang sudah perasan beg itu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung penemuan janin berkenaan. “Kami terima panggilan daripada pengadu pada jam 7.20 pagi berhubung penemuan tersebut sebelum anggota yang bertugas bergegas ke lokasi kejadian. 

“Janin tersebut dibungkus empat lapis oleh plastik hitam dan keadaannya sudah berbau dan hingga kini siasatan sedang dijalankan dan kami menunggu laporan pihak hospital mengenai perkara ini,” katanya. - SH

6.01.2013

Kes Pelajar Mati Dalam Semak : Rupanya Pergi Bersama Teman Lelaki

Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu lalu, bertindak meninggalkan gadis itu keseorangan. 



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak berjaya. 

Katanya, berdasarkan keterangan awal, suspek mengakui ke kawasan semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, yang juga lokasi mangsa ditemui bersama teman wanitanya itu dengan menaiki Yamaha RXZ. 

“Suspek yang juga kekasih, rakan sekolah dan tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian untuk ke taman berhampiran sebelum ke kawasan semak berkenaan kira-kira jam 9 malam. 

“Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan CPR, tetapi tidak berjaya dan panik dengan keadaan itu, suspek dikatakan meninggalkan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam. -HMetro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails