4.13.2013

Wajarkah Amalam Merotan Di Sekolah...

Sekadar pandangan seorang 'guru biasa'.....

Baru nie dunia pendidikan dikejutkan dengan kes BULI oleh sekumpulan pelajar sekolah… SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya. Heboh satu Negara… 

Kata orang lama "Ikut rasa, BINASA!" ....."Ikut hati, MATI!".Inilah yang terjadi kepada tiga orang pelajar SMK Tun Husin Onn. Tiba-tiba saje mereka dan sekolah mereka terkenal satu Malaysia. 


Gara-gara perbuatan mereka yang dirakam dan di di upload ke You Tube...tersebar di alam maya dengan begitu pantas. Video tersebut telah di padam setelah mendapati ramai orang yang telah memberikan komen yang negatif. Namun begitu ada pengguna You Tube yang telah memuat naik video ini dan tersebar meluas melalui facebook. 

Reaksi dari kes buli selepas melihat paparan video tersebut tentunya ramai yang mempersoalkan pihak sekolah kerana ia berlaku di dalam bilik darjah. Memang itu menjadi lumrah... ramai yang akan menuding jari kepada pihak sekolah... terutamanya yang menjadi mangsa Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru..

Tidak ramai yang melihat isu itu dari sudut latar belakang pelajar-pelajar yang terlibat. Mereka tidak melihat bagaimana pendidikan dan asuhan yang diterima di rumah...Tentunya ia melibatkan latar belakang  ibu bapa dan keluarga....

Namun isu yang lebih penting kita dalami dari peristiwa ini adalah Sistem Pendidikan negara kita sendiri. Mungkin ada kelemahan terutama dari segi pengurusan disiplin pelajar-pelajar masa kini. 


Masa zaman mula-mula saya posting ke SMV Kuala Klawang, budaya merotan pelajar nie memang sudah menjadi amalan… kata orang ulam untuk pelajar-pelajar Vokay. Hinggakan saya sendiri hari pertama dah dikenakan oleh rakan guru… Cikgu Rosniza (kalau cikgu Rosniza baca nie, mesti dia tergelak… Berjaya kenakan orang hehehehe) , beliau arahkan saya mengisi borang kebenaran merotan… Borang boleh diambil di pejabat. Bila Tanya kat pejabat, dia orang kata saya nie dah terkena. Geram pun ade… Mane ade ‘borang kebenaran merotan’. 

Masa tu bab merotan nie dah jadi ‘makanan’ pelajar-pelajar vokay terutama yang duduk kat asrama. Yang ‘respek’ nya budak-budak nie tak reti nak report kat emak bapak dia orang. Kena rotan kat ‘public caning’ pun selamber jee.. Korang memang terbaik!!! 

Tapi bila dah ade ura-ura time tuu pelajar dah tak boleh dirotan, kecuali Pengetua je yang boleh merotan dengan syarat buku di 'cepet' kat celah ketiak… pastikan buku tak terjatuh sewaktu merotan pelajar. Time tuu memang macam tak boleh nak terima … Tergelak saya dibuatnya. .. tapi ape nak buat, yang menurut perintah. 

Ketika tuu ramai yang mempertikaikan tentang kajian yang dibuat dan rasa orang 'besar-besar' dalam pendidikan kaunseling time tuu naik bukan kerana kepakarannya tapi kerana 'politik' akhirnya keputusan yang dibuat makin lingkup! Dalam dunia pendidikan nie pun penuh dengan Politik… 

Mintak maaflah nak cakap... Sistem pendidikan kat negara kita nie ada yang main "try and error'.. Sebagai contoh PPSMI ..... Perlaksanaan secara mendadak tanpa membuat kajian kesan jangka panjang.... akhirnya anak bangsa jadi pertaruhan. Mereka  sekadar menjadi bahan ujikaji.... Yang menyedihkan belanja dah besar terkorban lah lagi duit rakyat.. Tembolok kroni juga yang "massukkkk!!!!"...

Macam kita marahkan mat rempit, jalan raya diletakknya 'bumper' kononnya nak halang mat rempit tapi mat rempit berpindah ke tempat lain, yang susahnya ialah orang yang lalu lalang di situ .. 

Jika kita lihat pencuri juga di hukum tak setimpal, orang mencuri tak serik... lihat di Pakistan, orang boleh tinggal kedai macam tu sahaja kerana orang tak berani nak mencuri. Kalau dia mencuri, sekali sahaja dia boleh mencuri pasal hukuman potong tangan membuatkan dia tak selasa mencuri dengan sebelah tangan dan orang ramai akan takut dan serik melihat hukuman tersebut! 

Tapi di Malaysia, rumah terpaksa di pasang grill, pintu pagar di kunci, pintu hadapan pun dikunci bukan satu malah dua dan ada juga yang tiga kunci!! Siap pasang CCTV lagi. Perompak pun zaman sekarang nie lagi berani. Merompak time orang ada dalam rumah… Siapa yang susah... yang bersalah (pencuri) tak ada kesan pun!! Mintak maaf laaa… Maaf saya sebut... hukuman sekarang nie adalah hukum yang 'bangang!!!'… Hukum buatan manusia.. Ikut sedap kepala otak je lah...

Masa di SMVKK, saya nie memang terkenal dengan ‘batang rotan’ galas kat belakang badan selitkan kat seluar atau kain pelekat (masa kat surau) ...Sentiasa ada dalam simpanan ade 2 batang rotan (panjang lebih kurang 1 meter). Entah dah berapa ramai pelajar yang saya dah rotan… Dah tak terkira sepanjang menjadi warden asrama, ketua warden merangkap Ketua Guru Disiplin. 

Pelajar yang selalu kena rotan, mereka yang tak turun solat subuh… Kalau saya dah naik blog asrama, memang ramai yang berbirat punggung kena rembat dengan rotan…. Paling terkesan pelajar yang tidur pakai kain plekat tak pakai spender…. BERJALUR punggung!!! Tak turun solat Maghrib dan Isyak pun jadi mangsa rotan laa jawabnya… Memang ramai pelajar menyampah time tuuu… Tapi demi tanggungjawab kepada anak bangsa, saya gagah jugaa… 

Ada yang kata saya dah sesat… Mungkin juga ada yang kata saya dah gila...Rotan pelajar tak turun solat... Mungkin ada yang berkata “emak bapak aku pun tak rotan aku kalau aku tak solat”. Tapi kalau boleh dengar penghujahan saya, supaya boleh faham apa yang dimaksudkan dengan persamaan solat dalam kehidupan kita semua… 

Terjemahan surah al-Ma'un: 4,5 (mafhum): "Maka kecelakaanlah orang-orang yang mengerjakan solat, yang lalai dari solat mereka." Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“. 

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun. 

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Berbalik kepada cerita pasal rotan tadi, ke mana saya pergi mesti bawak rotan… bukan saja di surau, dewan makan, bilik prep malahan ke perhimpunan asrama. Siap ada acara merotan di depan perhimpunan terutama kepada pelajar yang buat salah… Termasuk merokok, seludup rokok, ‘fly’, bergaduh, ponteng dan macam-macam lagi. 

Pelajar lambat turun dari asrama pun kena rotan kat tapak tangan...Tak kira lelaki ke pompuan. Pukul 7.15 pagi saya dah tunggu depan surau... Memang tak boleh nak mengelak sebab tuu jee jalan nak ke sekolah. Nak tak nak kena redah je lah... Dalam hati korang memang 'menyirap"...

Sebahagian pelajar yang saya rotan ber'terima kasih' kepada saya. Tapi tak kurang ada yang sampai hari ini 'berdendam' … agaknya lah… Yang berterima kasih itu saya lihat semuanya menjadi manusia yang baik, malah ada yang bekerja dan berpendapatan lebih baik daripada saya seorang 'guru cabuk' sahaja... Sekarang ni ‘Pensyarah Biasa’… 

Konsep rotan yang saya lakukan terhadap pelajar-pelajar saya sebenarnya datang dari hati yang ikhlas dan disertakan dengan niat yang betul!! Kita rotan pelajar bukan kita benci kepadanya. Sebenanrnya kita sayangkan mereka… Kita rotan untuk pengajaran sebagai hukuman supaya dia tidak melakukan perkara yang sama untuk masa akan datang. 

Saya suka memberikan contoh yang terbaik untuk pendidikan anak-anak. Misalnya anak kita buat salah, kita ada dua pilihan samada nak rotan dia atau nak nasihatkan dia. Kedua-duanya betul, tapi kalau kita rotan anak kita mungkin akan ada sedikit emosi yang terganggu dan mungkin ada sedikit hubungan kemesraan kita akan terjejas tapi natijah besar dia akan sentiasa berwaspada. 

Kalau rotan itu ada dalam pendidikan agama kita, mesti ada sesuatu yang cukup menarik dalam hukuman ini yang mungkin kita tak sedar ... Sebab itu anak kita diboleh pukul dengan rotan ketika berusia 10 tahun kalau dia meninggalkan solat.

Tapi kita "bodoh sombong" dengan agama kita sendiri. Kita lebih selesa memilih kaunseling barat kerana kita rasa kita lebih 'hebat' dan moden. 

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain. 

Kita lebih suka mencari buku pendidikan anak-anak daripada penulis barat daripada penulis Islam kerana kita sudah jauh daripada agama kita sendiri. 

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ”Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan. 

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan 

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak 

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak 

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : “Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah”. 

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun…. 

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka 

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.  

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini 

Satu sebab yang pernah saya terbaca, antara kegagalan dalam pendidikan anak-anak di rumah kerana tidak ada rotan digantung di dinding. Rupanya gantung rotan di dinding itu sudah mendisplinkan anak-anak. Bagaimana pula bila cikgu tak boleh bawa rotan di tangan? 

Mungkinkah apa yang kita lihat hari ini… terutama telatah dan perangai murid-murid dan pelajar-pelajar sekarang cukup mencemaskan. Tahap disiplin anak-anak kita dalam keadaan yang membimbangkan. Apakah ianya berpunca dari pihak kementerian melarang cikgu-cikgu merotan pelajar…. 

Kesimpulannya…. Marilah kita TUKAR!!!! 
Musim PRU 13 nie, perkataan ‘tukar’ tu orang dengar pun dah fobia. Kalau tak tukar, jawabnya saya lah yang kena tukar… Jangan cepat melatah. Maksud saya di sini cuba kita ambil pendekatan mendidik anak sebagaimana Islam sarankan. 

Kaji apa yang disarankan oleh sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ”Tarbiah al-Aulad fi al-Islam”. Beliau telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan. 

Sesuaikan apa yang disarankan (saya telah tuliskan di atas lapan perkara) oleh sarjana Islam dalam mendidik anak dengan pendekatan merotan dapat diaplikasikan kepada murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah sekarang. 

Saya percaya dan penuh yakin pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kepakaran dalam bidang mengkaji dan membuat garis panduan membenarkan semula guru-guru ‘merotan’ . Semoga dengan adanya garis panduan untuk membenarkan guru merotan dapat melahirkan murid dan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia. 

Persoalannya... Apakah di bawah kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat pada PRU 13 yang tidak berapa hari lagi,  mampu merealisasikan apa yang kita harapkan untuk membawa perubahan di dalam sistem pendidikan negara .... Pilihan di tangan anda... Realisasikan impian anda melalui sebuah kerajaan yang mampu memberikan harapan baru kepada kesejahteraan RAKYAT.

Nukilan : 'Guru Cabuk'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails