Berita yang tak akan keluar TV....
Lebih ramai pemimpin bahagian BN di Pulau Pinang menyatakan protes
apabila digugurkan daripada senarai calon untuk bertanding dalam pilihan
raya umum 5 Mei.
Dua pemimpin BN – koordinator BN untuk Machang
Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan ketua pemuda MIC Pulau Pinang J
Dhinagaran – dikatakan sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan
dari parti masing-masing dan bertanding sebagai bebas.
Tiga perhimpunan diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong Umno yang digugurkan dan juga yang tidak dipertimbangkan sebagai calon.
Difahamkan, 70 peratus dari pusat operasi Umno di Pulau Pinang tidak aktif disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan jentera parti ekoran calon mereka tidak termsuk dalam senarai yang diumumkan di Pulau Pinang pada hari Selasa lalu.
Satu sumber Umno menyebut, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Ditanya mengenai keputusan tersebut, Ooi bagaimanapun enggan mengesahkannya.
Namun, sumber yang dekat dengan Ooi berkata beliau merasakan bahawa pucuk pimpinan parti bertindak “tidak adil” ke atas ahli politik muda di tanah besar.
"Mereka tidak mempedulikan kerja keras kami dan menurunkan kroni mereka yang tidak berkhidmat di kawasan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang,” kata sumber tersebut. - Malaysiakni

No comments:
Post a Comment