4.12.2013

Kes Buli : 'Lan Todak' Kena Gari

TIGA PEMBULI DAH KENA GARI...
SMK TUN HUSIN ONN TERKENAL 1MALAYSIA!!!

Dari kiri: Herry Ownly, Munir Ismail, Izzat Syafiq
Kata orang lama "Ikut rasa, BINASA!" ....."Ikut hati, MATI!". Inilah yang terjadi kepada tiga orang pelajar SMK Tun Husin Onn. Tiba-tiba saje mereka dan sekolah mereka terkenal satu Malaysia.

Gara-gara perbuatan mereka yang dirakam dan di di upload ke You Tube...tersebar di alam maya dengan begitu pantas. Video tersebut telah di padam setelah mendapati ramai orang yang telah memberikan komen yang negatif. Namun begitu ada pengguna You Tube yang telah memuat naik video ini dan tersebar meluas melalui facebook.

Namun isu yang lebih penting kita dalami dari peristiwa ini adalah Sistem Pendidikan negara kita sendiri. Mungkin ada kelemahan terutama dari segi pengurusan disiplin pelajar-pelajar masa kini.

Apa yang saya nampak di sini kesan jangka panjang apabila pihak Kementerian Pelajaran melarang guru merotan pelajar bermula pertengahan era tahun 90an. Ketika itu saya baru mula posting di sebuah Sekolah Vokasional di Negeri Sembilan(1994). 


Lihatlah sekarang ini, apa terjadi dengan tahap disiplin pelajar terutama di kawasan bandar ... murid-murid tidak takut dengan peraturan sekolah. Malahan yang lagi menyedihkan ibu bapa sering menuding jari kepada guru-guru dan pihak sekolah jika berlaku sesuatu masalah disiplin kepada anak-anak mereka...

Lakukanlah sesuatu demi masa depan anak-anak bangsa sempena PRU 13 pada 5 mei 2013 nanti....

Pelakon utama
Informasi terkini ...

Pihak Polis sedang membuat penyiasatan terhadap kes buli yang berlaku di SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya. Para pelajar yang terlibat telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib, sama-samalah kita nantikan... Apakah mereka akan dihantar ke Sekolah Hendry Gerny atau pun mereka akan diterima untuk bersekolah semula...

Tiga pelajar SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. 

Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lepas, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah. Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.

3 comments:

  1. Percaya tak kalau aku katakan bahawa kalau kes polis di selesaikan....budak budak ini akan bersekolah kembali. Yang hebatnya...di sekolah itu juga. JPN & PPD tak ada egg.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sistem pendidikan kita....

      Bab disiplin pelajar terlalu lemah dan longgar.

      Perlukan reformasi dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat pengurusan JPN & PPD...



      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails