BEIJING - Keseronokan seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' bersama rakan-rakannya berakhir insiden panik apabila kepalanya tersepit di celah bangunan di bandar Yulin, selatan China.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba keluar dari celah bangunan tersebut namun gagal hingga menyebabkan seorang daripada rakannya terpaksa menghubungi ibu bapa mereka.
Menurut laopran
MailOnline pegawai polis tempatan berkata, anggota penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.
"Kepala kanak-kanak itu melekat pada dinding. Kami terpaksa menggunakan minyak pelincir untuk membantu mangsa," katanya. SH
Ibu mangsa menenangkan anaknya daripada ketakutan dan kesakitan |
Anggota penyelamat cuba mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit dicelah bangunan |
Akhirnya kepala mangsa dapat dikeluarkan |
No comments:
Post a Comment