3.26.2011

Terharu Membaca Tulisan Dr Asri....

Video lucah dan dosa politik....
Tulisan beliau klik di sini

Hampir seminggu negara kita digemparkan dengan tayangan video lucah yang di 'HALAL' kan untuk tatapan umum (insan-insan terpilih). Sebenarnya kita semua terlalu rindu mendengar pandangan dari para mufti yang dilantik oleh pihak berkuasa. Tentunya mereka makan gaji yang datangnya dari duit rakyat.

Tertanya-tanya kemana perginya gerombolan 40 orang ulama muda yang telah mendaftar menjadi ahli UMNO dihadapan pemimpin-pemimpin negara. Mengapa mereka membisu seribu bahasa. Hanya kedengaran pandangan seorang dari mereka bersuara mempertahankan 'Festival Busana Muslim' yang ada kaitan dengan seorang yang digelar 'FLOM' suatu ketika dahulu.

Mana mufti? Mana Majlis Fatwa? Mana ulamak? Bangunlah sebelum fitnah dan malapetaka lebih dahsyat melanda! Terangkanlah kepada ramai bahawa dosa fitnah adalah lebih besar daripada membunuh dan mengundang murka Allah!

Akhirnya hari ini bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah memberikan pandangan yang cukup bernas berkaitan video lucah... 'Video lucah dan dosa politik'

Tertarik dengan perenggan terakhir dari tulisan beliau.....

Bangkit generasi baru


Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Sekadar renongan...

Negara diambang kemurkaan Allah. Jika tiada usaha golongan ulama untuk mencegah perilaku pemimpin negara pada masa ini yang jelas melakukan kemungkaran sangat hina iaitu memfitnah. Ini salah satu kemungkaran yang amat dilarang keras agama Islam. Oleh kerana si penuduh dan tertuduh semuanya beragama Islam, kita amat bimbang jika kemungkaran ini tidak dicegah. Tidak mustahil bala bencana daripada Allah diturunkan ke atas negara dan rakyat. Justeru itu, wahai orang Melayu yang mengaku Islam, wajiblah menjauhi buruk sangka dan fitnah. Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu akan mendapat musibah kecelakaan daripada Allah. Sesungguhnya negara dan rakyat Malaysia kepunyaan Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails