3.15.2011

Rogol Bawah Umur Membimbangkan

Terbaca berita tentang kes rogol di bawah umur dari Dewan Rakyat nampaknya cukup membimbangkan. Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005.

Ini bermakna dalam tempoh setahun lebih kurang terdapat 1915 kes kejadian rogol bawah umur. Kalau nak dikira dalam tempoh sebulan pulak lebih kurang 160 kes rogol dicatatkan. Memang cukup membimbangkan.

Yang lebih menggerunkan kita semua dari rekod PDRM menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Jika dilihat dari fenomena ini, para perogol kat Malaysia nie lebih gemarkan budak bawah umur berbanding orang dewasa. Apalah agaknya yang menyebabkan perkara ini berlaku….

Peningkatan kes rogol terutama yang melibatkan rogol bawah umur, wajar diambil perhatian serius oleh semua pihak termasuk oleh golongan ibu bapa, guru dan masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain juga mestilah turut sama memainkan peranan sama ada untuk mendidik atau mewujudkan suasana yang sihat di negara ini.

Kes rogol adalah kes jenayah berat terutama yang melibatkan kes bawah umur. Ia melibatkan wanita terutama mereka yang bergelar pelajar atau kanak-kanak. Dalam masa kita hendak menuju status negara maju, tetapi anak-anak perempuan kita masih tidak selamat. Kita semakin bimbang berikutan statistik yang tidak menunjukkan tanda penurunan.

Moralnya…. Selagi kita berpaksi kepada Hukum Buatan Manusia, selagi itulah jenayah ini akan meningkat dan terus meningkat. Tiada jalan lain lagi selain kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Sama-samalah kita fikirkan….

Link Berkaitan klik di sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails