3.05.2011

Bayarlah Saman Untuk '1MALAYSIA'

Orang ramai digalak bayar saman secara online...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin membuat semakan dan membayar saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan perkhidmatan online dan SMS sebagai alternatif.

Menurut Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Zabidi Zainal, semakan saman boleh dibuat menerusi laman web rasmi JPJ (http://www.jpj.gov.my) dan laman web PDRM (http://www.rmp.gov.my).

Pembayaran boleh dibuat melalui laman web http://www.myeg.com.my dan http://www.rileks.com.my menggunakan mod bayaran Kad Debit atau Kad Kredit.

“Penggunaan perkhidmatan online akan mempermudahkan orang ramai membuat pembayaran saman itu sepanjang masa.

“Namun begitu, orang ramai perlu bijak menggunakan masa termasuk penggunaan masa di luar beban puncak untuk menggunakan perkhidmatan online tanpa menunggu tarikh akhir lanjutan semakan dan bayaran bagi mengelak kesesakan ke atas talian yang boleh menjejaskan perkhidmatan seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails