9.22.2010

MANFAATKAN DUIT RAYA ANAK-ANAK

Ke mana duit raya anak kita....

Bukan main meriah…. Anak-anak Wak yang empat orang tuu sibuk mengira duit raya masing-masing. Yang si kecil, Tini & Tina masih belum tau mengira pun ikut sibuk dengan abang2nya.

Memang tak dapat dinafikan setiap kali aidilfitri menjelma, kanak-kanaklah golongan yang paling seronok. Paling dinantikan ketika menerima duit raya dari sanak saudara dan juga dari tuan rumah yang mereka ziarahi.

Budak-budak sekarang dapat duit raya paling kecil nilainya pun RM1. Yang lagi gediknya dia orang nie pandai pulak menuntut dengan emak bapak duit raya. Anak sendiri pun dah pau duit raya...

Teringat zaman kanak-kanak dulu-dulu… Dapat duit raya 10 sen atau 20 sen jee. Itu pun punyalah seronok. Paling besar nilainya 50 sen. Ketika itu beraya sakanlah kita orang round satu kampung.

Apa pun persoalannya... ke mana duit raya anak-anak kita tuu dibelanjakan?? Adakah sekadar dihabiskan untuk berseronok dengan permainan video di kafe siber, membeli mercun, alatan permainan dan lain-lain yang tidak bermanfaat. Atau digunakan untuk keperluan sekolah atau tabungan masa hadapan.

Justeru itu kita sebagai emak bapak nie sewajarnya mengabil langkah positif menguruskan duit raya anak-anak dengan berhemah. Mungkin sebahagiannya boleh disimpan di dalam akaun bank atau dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anak-anak.

Kita sebagai emak bapak sewajarnya tidak mengambil kesempatan daripada budaya pemberian duit raya dengan menghabiskannya bukan untuk keperluan anak-anak. Sebaliknya, kita perlu bijak menguruskan wang dengan baik tanpa terlalu boros berbelanja dan membazir melebihi kemampuan yang ada.

Syukur... Wak dah masukkan semua duit raya anak-anak ke dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Mudah-mudahan budaya menyimpan akan dapat mereka teruskan sehinggalah mereka dewasa kelak...Amin!!!

Gambar kenangan semasa beraya di kampung... Sedondon biru!! (Wak suka banget dengar lagu raya Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari johar)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails