9.29.2010

Kes Rogol Lagi.... Bila Nak Berakhir???

Negaraku 1Malaysia..... sebuah 'Negara Islam'!

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol abang tiri rakan baiknya sebaik dibawa ke rumah lelaki itu kononnya untuk makan malam.

Di rumah itu, mangsa turut dirogol tiga lelaki lain yang juga rakan suspek secara bergilir-gilir. Tidak cukup dengan itu, perbuatan kejam berkenaan turut dirakam seorang daripada suspek menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk koleksi peribadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang kelmarin, apabila mangsa pergi ke rumah rakan sekelasnya di Segambut, di sini, untuk keluar makan bersama.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah rakannya itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Kepong, di sini, yang kononnya didiami abang tiri kepada teman baiknya itu berusia awal 20-an.

“Rakan sekelas mangsa kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada abang tirinya.

“Mangsa yang terpinga-pinga kemudian ditenangkan suspek sebelum lelaki terbabit memperkenalkan remaja malang itu kepada tiga lagi rakannya berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya merayu berulang kali supaya dihantar pulang namun tindakannya itu menyebabkan mangsa dimarahi.

“Mangsa kemudian diheret ke dalam sebuah bilik sebelum pakaiannya dilucutkan suspek,” katanya.

Tersentak dengan itu, mangsa menjerit dan meronta minta dilepaskan sebelum dia dipukul dan diugut seorang daripada suspek.

Sumber berkata, mangsa dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai merogol mangsa, seorang daripada suspek kemudian menghantar semula mangsa ke rumah rakan baiknya di Segambut.

“Mangsa pulang ke rumahnya di Batu Caves, sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, polis menahan dua daripada suspek selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan manakala dua lagi rakannya sedang dikesan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Sumber HM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails