2.27.2009

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Rentetan berita dari Malaysiakini 26 Feb...

Wak rasa macam tak percaya bila baca tajuk berita Malaysiakini online. Inilah yang Wak tunggu-tunggu dalam isu PPSMI. Ini bermakna Wak tak perlu lagi berjuang melalui PIBG sekolah anak Wak sebab ia telah diperjuangkan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN). Cuma Wak nak cadangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG sekolah anak Wak nanti , supaya cadangan yang telah dibuat pada Mesyuarat Agung PIBG yang baru-baru ini agar PPSMI diteruskan di tarik balik. Ini sejajar dengan tindakan PIBGN yang telah bersama menyokong GMP.

Walaupun Datuk Menteri masih berdalih lagi tentang isu PPSMI , namun sokongan dari PIBGN merupakan kemenangan moral bagi GMP dan semua pihak yang menyokong untuk mansuhkan PPSMI kerana jika dilihat PIBGN adalah mewakili majoriti ibu bapa dan guru-guru seluruh Negara. Sehubungan itu perlu diingatkan bahawa sasterawan Negara, Pak Samad telah menyarankan agar tindakan terakhir jika Datuk Menteri dan pihak kerajaan masih berkeras mempertahankan PPSMI adalah dengan cara terjemahkan di atas kertas undi. Kita sama-sama tunggu dan lihat… Suara Rakyat Suara Keramat!

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu. Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

Amaran keras yang dikeluarkan oleh Pengerusi PIBGN adalah seperti berikut :

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram. Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

Nota :Untuk pengetahuan semua, GMP akan menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu. Ramai-ramailah kita turun bagi menunjukkan sokongan terhadap GMP. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk memperjuangkan nasib anak-anak bangsa kita… Harapkan UMNO? Puak2 inilah yang menjajah semula minda anak2 kita dengan melaksanakan PPSMI bermula 2003.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails