5.05.2013

Nie Jawapan JPN Status 'BANGLA' Bersepah Semasa Proses Pilihanraya

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu yang tersebar di laman sosial Facebook berkaitan seorang warganegara yang didakwa sebagai 'Bangla' atau warga Bangladesh adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan berkata, akibat salah tanggapan, R.Rameish@Ramalingam telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum hari ini. "Semakan pada rekod jabatan mendapati bahawa beliau berstatus warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan dilahirkan di Pahang," katanya.

Beliau berkata, salah tanggapan itu timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.

Beliau menegaskan status kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu itu dilahirkan, bukan berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan. 

Jariah menasihati orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dalam kalangan orang ramai, katanya.

Kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras hari ini semasa Rameish@Ramalingam beratur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi bagi kawasan parlimen Cheras. - Bernama

Nie ape cerita Mat Bangla bersepah-sepah 
semasa proses mengundi...











Sumber : Gendang Perang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails