KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 15 tahun hidup dalam keadaan terseksa apabila didakwa menjadi mangsa nafsu kenalan bapanya sendiri, sejak setahun lalu.
Remaja berkenaan pertama kali dirogol lelaki dikenali Pak Mat itu ketika suspek membawanya pulang ke rumah di Kampung Gaung Mulong di sini, awal 2012.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek seorang buruh berusia 58 tahun membawa mangsa pulang ke rumah dan merogolnya.
Katanya, sejak kejadian itu, mangsa kerap kali dirogol suspek di lokasi sama.
“Laporan awal doktor mendapati mangsa kini mengandung 15 minggu. Susulan itu, polis menahan suspek di rumahnya pada jam 2.30 pagi tadi (semalam),” katanya semalam.
Sementara itu, di Mahkamah Kota Bharu semalam, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan selanjutnya.
“Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga 28 Mei ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga positif dadah jenis morfin,” katanya.- Sinar
nike sb dunk low
ReplyDeletefear of god essentials hoodie
bape shoes
kyrie 9
golden goose shoes
supreme hoodie
yeezy
golden goose sneaker
supreme clothing
off white