Hubungan sulit antara seorang pekerja kilang papan lapis warga
Indonesia dengan isteri rakan sekerja yang terjalin sekian lama berakhir
tragedi berdarah apabila maut dibelasah suami wanita itu menggunakan
besi paip dalam kejadian di belakang premis di Sungai Bidut, di sini,
semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi menyebabkan mangsa berusia
24 tahun cedera parah di kepala selepas suspek yang juga rakan
senegaranya mengambil besi sepanjang satu meter lalu membelasahnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, sebelum kejadian suspek baru bangun dari tidur sebelum terserempak mangsa dan isterinya berusia 22 tahun berdua-duaan di belakang kantin kilang terbabit.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan kemarahan selain menyebabkan
suspek berusia 39 tahun hilang pertimbangan sebelum mengambil besi paip
lalu membelasahnya. - HMetro
No comments:
Post a Comment