11.06.2012

Pekan : Zahid Lawan Najib

Hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan, mengejutkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.

Zaid (kiri) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.

"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.

Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.

Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan. - Malaysiakini


Nampaknya PRU 13 nie kerusi parlimen Pekan ramai yang berminat untuk bertanding. Yang pastinya kerusi nie semakin PANAS.... kita tunggu dan lihat.... Siapa yang kenaaaa!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails