11.08.2012

Nyalaan lilin sokong Ahmad di Dataran Merdeka


Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.

Mereka termasuk ibu bapanya, lima daripada sembilan adik-beradiknya, dan beberapa orang sepupunya, menyertai orang ramai memegang lilin dan poster yang menggesa supaya Ahmad dibebaskan.

Himpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri (kanan), bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad.

Ahmad telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Johor dan dibawa ke Johor Bahru.

Beliau kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan, tetapi ditahan semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Tahanan reman terhadapnya sepatutnya tamat hari ini. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails