6.14.2013

Wanita Maut Ketika Masih Dalam Pantang

Seremban: Seorang wanita yang masih dalam pantang maut manakala suaminya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 249.7, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi semalam.


Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit, Abdul Rahman Abu Bakar, 27, dan Julia Osman, 26, dipercayai menuju pulang ke rumah mereka di Semenyih, Selangor selepas bercuti di kampung halaman si suami di Muar, Johor.

Katanya, Julia maut di tempat kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan parah apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan berat sebelum terbabas dan berada dalam kedudukan melintang di lorong kanan lebuh raya.

“Ketika memandu di lorong kiri, kereta Perodua Viva dipandu wanita terbabit hilang kawalan sebelum dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat lalu terbabas dan melintang di lorong kanan jalan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala akibat tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.- HM

Peroslannya...

Mengapa bagi isteri yang dalam PANTANG tuu memandu kereta.... Kan namanya pun dalam pantang... Pantang lah semuanya....  termasuk Pantang Memandu!!!

Kekasih Durjana! Anak Ditekup Pada Ekzos Motosikal

Kuala Terengganu: “Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.


Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.

“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.

“Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.- HM




6.13.2013

Penafian Volkswagen Dan Peugeot Memalukan BN

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.
"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen "TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu.

Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.- Malaysiakini

Kemalangan Ngeri : Kakak Digilis Lori 10 Tan Didepan Mata

Raungan pilu seorang adik melihat kakak digilis lori....

Penampang: Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang adik apabila melihat kakaknya digilis lori kontena 10 tan di depan mata.


Kejadian di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar itu berlaku dalam sekelip mata apabila Samsidar Samaruddin, 21, dari Kampung Andus Papar, yang membonceng motosikal ditunggang adik lelakinya itu terjatuh selepas bergesel dengan lori berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan, namun adik lelakinya hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Adik mangsa hanya mampu meraung melihat keadaan kakaknya dan ditenteramkan ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian.

Ibu mangsa yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian pula pengsan sebaik melihat keadaan mayat anak kedua daripada enam beradik yang dalam keadaan mengerikan itu. -HM

6.11.2013

Dipukau Untuk Jadikan Perempuan Simpanan

Mantera ragut dara....

Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.

NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.

Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Janin Di Letak Atas Tangga Masjid

SEGAMAT - “Maaf, saya sudah melakukan kesalahan yang amat berat. Minta tolong imam kebumikan janin ini mengikut cara Islam,” itu antara isi kandungan nota yang ditemui di dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Jamek Gemereh, di sini, awal pagi semalam. 

Anggota polis memeriksa janin yang diletakkan di dalam bungkusan di Masjid Jamek Gemereh, semalam.
Mayat janin terbabit ditemui oleh Isa Md Amin, 65, noja masjid yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan rumah ibadat berkenaan selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah. 

Isa berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara yang ganjil pada bungkusan berkenaan kerana menganggap itu hanyalah sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung masjid. “Namun, saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada bungkusan hitam berkenaan apabila terpandang nota tulisan tangan yang ditinggalkan di dalam beg tersebut dan ketika itu saya mula terhidu bau yang kurang enak. 

“Saya hampir pengsan apabila baca nota itu yang meminta sesiapa menjumpai janin ini supaya mengebumikannya mengikut cara Islam. “Ketika itu saya sudah tak senang duduk dan tidak berani melihat isi kandungan beg tersebut dan segera menghubungi imam masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Isa berkata, dia segera menghubungi imam masjid, Zakaria Yaacob, 78, yang ketika itu baru saja pulang ke rumah terletak tidak berapa jauh dari masjid. Sementara itu, Zakaria berkata, ketika dihubungi Isa pada jam 7.10 pagi, dia baru saja sampai ke rumah dan bergegas kembali ke masjid untuk melihat sendiri janin berkenaan. 

“Sampai-sampai saja, saya segera menyuruh anak saya yang ikut sama untuk memaklumkan perkara ini kepada polis sebab saya sendiri tidak berani untuk membuka bungkusan tersebut. “Ini kejadian pertama orang buang janin di sini. 

Lima tahun lepas ada orang yang pernah buang bayi di kawasan masjid. Hari ini (semalam) ada orang buang janin pula. Pagi tadi ada jemaah yang sudah perasan beg itu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung penemuan janin berkenaan. “Kami terima panggilan daripada pengadu pada jam 7.20 pagi berhubung penemuan tersebut sebelum anggota yang bertugas bergegas ke lokasi kejadian. 

“Janin tersebut dibungkus empat lapis oleh plastik hitam dan keadaannya sudah berbau dan hingga kini siasatan sedang dijalankan dan kami menunggu laporan pihak hospital mengenai perkara ini,” katanya. - SH

6.01.2013

Kes Pelajar Mati Dalam Semak : Rupanya Pergi Bersama Teman Lelaki

Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu lalu, bertindak meninggalkan gadis itu keseorangan. 



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak berjaya. 

Katanya, berdasarkan keterangan awal, suspek mengakui ke kawasan semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, yang juga lokasi mangsa ditemui bersama teman wanitanya itu dengan menaiki Yamaha RXZ. 

“Suspek yang juga kekasih, rakan sekolah dan tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian untuk ke taman berhampiran sebelum ke kawasan semak berkenaan kira-kira jam 9 malam. 

“Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan CPR, tetapi tidak berjaya dan panik dengan keadaan itu, suspek dikatakan meninggalkan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam. -HMetro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails