BARISAN NASIONAL - 23
Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas, Mambong,
Saratok, Kanowit, Kapit, Mas gading, Batang sadong, Batang lupar, Merbok,
Baram, Lubok antu, Sri aman, Limbang, Kota Samarahan, Sibuti, Setiawangsa,
Titiwangsa
PAKATAN RAKYAT - 11
Kucing, Lanang, Kampar, Bukit Bintang, Sarikei, Lembah Pantai, Seputeh, Segambut,
Kepong, Bayan baru, Permatang pauh
Sumber : Era Pasca
5.05.2013
TERKINI : BUKIT BINTANG KEKAL DAP
DAP pertahan Bukit Bintang
LAPORAN LANGSUNG
8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusiBukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).
DAP - 27,096
BN - 9,925
DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887
Keputusan Terkini Parlimen : BN 7 PR 1
KERUSI PARLIMEN YANG TELAH DIMENANGI OLEH BN :
1. PUTRAJAYA
2. SERIAN
3. BETONG
4. IGAN
5. MUKAH
6. JULAU
7. LAWAS
KERUSI PARLIMEN YANG TELAH DIMENANGI OLEH PR :
1. BANDAR KUCHING
1. PUTRAJAYA
2. SERIAN
3. BETONG
4. IGAN
5. MUKAH
6. JULAU
7. LAWAS
KERUSI PARLIMEN YANG TELAH DIMENANGI OLEH PR :
1. BANDAR KUCHING
Nie Jawapan JPN Status 'BANGLA' Bersepah Semasa Proses Pilihanraya
KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu yang tersebar di laman sosial Facebook berkaitan seorang warganegara yang didakwa sebagai 'Bangla' atau warga Bangladesh adalah tidak benar.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan berkata, akibat salah tanggapan, R.Rameish@Ramalingam telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum hari ini.
"Semakan pada rekod jabatan mendapati bahawa beliau berstatus warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan dilahirkan di Pahang," katanya.
Beliau berkata, salah tanggapan itu timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.
Beliau menegaskan status kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu itu dilahirkan, bukan berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.
Jariah menasihati orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa.
Perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dalam kalangan orang ramai, katanya.
Kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras hari ini semasa Rameish@Ramalingam beratur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi bagi kawasan parlimen Cheras. - Bernama
Nie ape cerita Mat Bangla bersepah-sepah
semasa proses mengundi...
Sumber : Gendang Perang
Laporan Terkini : Pakatan Rakyat Telah Menang....
Anwar dakwa 'Pakatan Rakyat telah menang'...
7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.
Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.
Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.
7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.
DAP - 3,567
BN - 3,422
5.02.2013
Hubungan Sulit Isteri Dan Rakan Sekerja Membawa MAUT
Hubungan sulit antara seorang pekerja kilang papan lapis warga
Indonesia dengan isteri rakan sekerja yang terjalin sekian lama berakhir
tragedi berdarah apabila maut dibelasah suami wanita itu menggunakan
besi paip dalam kejadian di belakang premis di Sungai Bidut, di sini,
semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi menyebabkan mangsa berusia
24 tahun cedera parah di kepala selepas suspek yang juga rakan
senegaranya mengambil besi sepanjang satu meter lalu membelasahnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, sebelum kejadian suspek baru bangun dari tidur sebelum terserempak mangsa dan isterinya berusia 22 tahun berdua-duaan di belakang kantin kilang terbabit.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan kemarahan selain menyebabkan
suspek berusia 39 tahun hilang pertimbangan sebelum mengambil besi paip
lalu membelasahnya. - HMetro
Deklarasi Pakatan Rakyat Khusus Untuk Penjawat Awam
Deklarasi
yang disediakan oleh calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan
kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian terus
mengisytiharkan deklarasi itu.
Antara 13 perkara dalam deklarasi itu ialah:
1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)
2) Pinjaman rumah tanpa faedah,
3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),
4) Pencen pilihan,
5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.
6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam
7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)
8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga
9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi
peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan
memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh
kerajaan.
10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar
11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.
12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat
awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih
munasabah
13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
5 MEI : SAYA PILIH MENGUNDI....
SAYA PILIH ESOKNYA CUTI!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)











