Main kutu haram di Malaysia
Rupa-rupanya 'main kutu' nie hukumnya HARAM. Member-member kat ofis pun ada jugak yang mengajak main kutu nie. Ada yang sebulan RM50.. ada yang sebulan RM100. Boleh masuk lebih dari satu nama.
Dia orang nie main suke-suke jee... Ada yang main kutu nie untuk bayar insuran dan rotax kereta. Ada yang target nak tukar tayar kereta. Ada yang nak beli cincin tunang.. Dan macam-macam lagi laaa...
Orang rumah Wak pun main kutu jugak kat ofis... Sebulan RM1oo.... masuk satu nama. Wak jee yang tak de main kutu.
Lepas nie kena berhati-hati laaa... Main kutu nie haram rupanya di sisi undang-undang Malaysia. Baik simpan sendiri kat dalam akaun Tabung Haji kee... atau akaun yang seumpama dengannya. Cuma perlukan sedikit disiplin untuk mencapai target tujuan menyimpan sebagaimana main kutu.
Apa pun hukum main kutu dari pandangan Islam bolehlah merujuk link ini. Klik Di sini
KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.





