2.27.2009

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Rentetan berita dari Malaysiakini 26 Feb...

Wak rasa macam tak percaya bila baca tajuk berita Malaysiakini online. Inilah yang Wak tunggu-tunggu dalam isu PPSMI. Ini bermakna Wak tak perlu lagi berjuang melalui PIBG sekolah anak Wak sebab ia telah diperjuangkan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN). Cuma Wak nak cadangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG sekolah anak Wak nanti , supaya cadangan yang telah dibuat pada Mesyuarat Agung PIBG yang baru-baru ini agar PPSMI diteruskan di tarik balik. Ini sejajar dengan tindakan PIBGN yang telah bersama menyokong GMP.

Walaupun Datuk Menteri masih berdalih lagi tentang isu PPSMI , namun sokongan dari PIBGN merupakan kemenangan moral bagi GMP dan semua pihak yang menyokong untuk mansuhkan PPSMI kerana jika dilihat PIBGN adalah mewakili majoriti ibu bapa dan guru-guru seluruh Negara. Sehubungan itu perlu diingatkan bahawa sasterawan Negara, Pak Samad telah menyarankan agar tindakan terakhir jika Datuk Menteri dan pihak kerajaan masih berkeras mempertahankan PPSMI adalah dengan cara terjemahkan di atas kertas undi. Kita sama-sama tunggu dan lihat… Suara Rakyat Suara Keramat!

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu. Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

Amaran keras yang dikeluarkan oleh Pengerusi PIBGN adalah seperti berikut :

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram. Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

Nota :Untuk pengetahuan semua, GMP akan menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu. Ramai-ramailah kita turun bagi menunjukkan sokongan terhadap GMP. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk memperjuangkan nasib anak-anak bangsa kita… Harapkan UMNO? Puak2 inilah yang menjajah semula minda anak2 kita dengan melaksanakan PPSMI bermula 2003.

2.24.2009

TIPS DAN INFO : BELI HANDPHONE

PANDUAN UNTUK MEMBELI ‘HANDPHONE’

Wak nak cerita pasal tips nak membeli hp. Kita kena bijak memilih kerana semua kedai hp menyajikan harga hp yang berlainan tetapi kita kena berhati-hati juga kerana tempat yang murah tidak semestinya bagus. Carilah tempat yang ada kedai hp yang banyak. Kelebihan-kelebihan yang kita boleh perolehi ditempat seperti itu adalah :
a) Dapat harga yang murah dan berpatutan kerana persaingan yang banyak
b) Dapat melihat pelbagai jenama dan model hp

Terdapat pelbagai cara untuk kita memilih model-model hp kesukaan korang laaa antaranya :
a) Bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif atau selalu menukar hp mereka
b) Selidik hp dipelbagai pusat membeli-belah. Kalau boleh ambil risalah mengenai hp tersebut
c) Pergi ke laman web rasmi pembuat hp yang diminati untuk membuat perbandingan

Lagi satu yang perlu kita ambik perhatian ialah kenalpasti dahulu ciri-ciri hp yang kita ingin beli . Sebelum memilih pelbagai jenis hp yang terdapat di pasaran, kita hendaklah menetapkan ciri-ciri pilihan yang kita inginkan seperti :
a) Jenama dan model
b) Tahun/market status
c) Set hp Original / Set AP (Sila berhati-hati dengan hp recon)
d) Kos/harga
e) Kelebihan hp :
i. Kamera (berapa megapixel)
ii. Screen Display (berwrna atau tidak)
iii. Ciri Hiburan (polyphonic, true tone, radio, pemain video dan MP3)
iv. Memory (buid-in atau card)
v. Rekabentuk
vi. Sistem hp
vii. Bluetooth, infrared, JAVA, WIR, EDGE, 3G dan USB port

Nota : Nampaknya setakat ni dulu tips yang boleh Wak kongsikan dengan korang semua. Kalau boleh guna Wak punya tips ni, korang gunalah.... Kalau rasa2 macam tak boleh percaya, abaikan jelah. Yang pentingnya nak beli hp ni mesti ada ongkosnya pak! No money no talk la bro....

2.20.2009

JPN PAKSA PIBG SOKONG DASAR PPSMI

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh)

Setelah menyedari pelbagai pihak bangkit menentang dasar pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini Kementerian Pelajaran dikatakan mencari sokongan secara paksa melalui ibu bapa.

Terbaru pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini diminta menandatangani surat yang berupa teks ucapan mesyuarat PIBG yang disediakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Mengikut sumber setiap pengerusi PIBG dipaksa menandatangani serta membaca teks ucapan yang telah siap ditulis oleh JPN ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat tersebut.

"Antara lain kandungan teks itu iaitu bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.

Menurutnya JPN cuba bermain sandiwara setelah menteri pelajaran diasak teruk di mana pelbagai pihak tampil menentang dasar PPSMI yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri. Seharusnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dan bukannya memekat telinga meneruskan dasar PPMSI.

Nota : Wak jadi tanda Tanya… Apakah perkara ini berlaku juga di SK Gangsa. Pada Mesyuarat Agung yang lepas (5 Feb 2009) AJK PIBG mengusulkan PPSMI diteruskan. Nampaknya bertambah berat tugas Wak sebab dah dilantik AJK PIBG. Nampak gayanya terpaksa menongkah arus.

2.19.2009

PPSMI KE PARLIMEN

Salam perjuangan...

Pada 17 Feb yang lepas GMP telah menyerahkan memorandum 12 halaman yang mengandungi kompilasi ringkasan hasil kajian beberapa ahli akademik tempatan berhubung pelaksanaan PPSMI - diserahkan oleh pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Hassan Ahmad di parlimen.

Pada 18 Feb Dato Seri Hishamuddin selesai berucap berkenaan PPSMI, hampir 20 orang ahli Dewan Rakyat yang bangun mahu bertanya … tetapi tidak diberi kesempatan. Namun antara ahli parlimen yang sempat untuk memberikan pandangan adalah seperti berikut :

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan berkata ia mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya. Katanya PPSMI juga disokong oleh penduduk di kawasannya, lapor Bernama.

Menyokong pandangan Bung Moktar, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata penentangan terhadap dasar itu adalah satu sindrom penafian yang tidak melihat matlamat di sebaliknya.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia tidak mencapai matlamat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI dan berpendapat ia (pembelajaran dan pengajaran subjek berkenaan) perlu dikembalikan ke dalam bahasa Melayu.

Datuk Seri Hadi Awang (PAS-Marang) pula berkata beberapa kajian oleh institusi-institusi pengajian tinggi tempatan menunjukkan pelaksanaan PPSMI untuk mengilmukan rakyat adalah tidak berjaya dan tidak mendatangkan manfaat khasnya kepada pelajar di luar bandar.

“Sudah sampai masanya kita masuhkan dasar PPSMI ini kerana ia gagal. Ia adalah sebuah dasar yang cacat dan tidak dibina dengan baik,” kata YB Tuan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau

Nota : Dari pemerhatian Wak, ada juga pemimpin dikalangan pemerintah yang sealiran dengan GMP... Tapi sekuat mana dan seikhlas mana perjuangan mereka masih menjadi tanda tanya... Segalanya keputusan adalah terletak di bawah Menteri yang bertanggungjawab dan yang pastinya mereka juga orang Melayu.....

2.16.2009

PETUA-PETUA PRAKTIKAL DALAM MUSIM ‘GAWAT’

Perancangan Ekonomi Rumahtangga

Wak nak kongsi tentang petua-petua praktikal dalam kita mengawal perbelanjaan harian rumah tangga daripada Hajah Rohani dalam majalah ANIS keluaran bulan Ogos 2008.

1. Sebaik-baiknya jangan selalu bawa anak membeli belah – memang selalu terjadi pada Wak sendiri. Bila bawak anak2 nie memang lari bajet... Apataknya, macam2 yang dimintaknya terutama anak Wak yang ke-3 .. Si Tini, bila tak dapat apa yang dia nak, boleh terguling2 kat lantai Myden tuu... Jadi perhatian orang ramai, ada sekali tu Wak ambik gambar biar bila dah besar nanti Wak nak tunjukkan kat dia...
2. Bawa senarai barang ketika membeli – Nie biasanya Wak buat bila keluar sorang, bini tak ikut. Memang skema ikut senarai.
3. Buat anggaran bajet secukupnya sebelum keluar membeli – Biasa yang Wak buat, sebelum gaji dah buat senarai bajet untuk sebulan tentang perbelanjaan termasuk duit orang tua, belanja dapur, anak2, bil2, hutang piutang dan sebagainya.
4. Seboleh mungkin, gunakan wang tunai – Biasanya Wak bayar guna kad ATM Maybank. Sebab gaji masuk kat situ dan kalau kat Myden dia ada peraduan bonus kad Myden.
5. Kawal penggunaan kad kredit – Wak memang tak pakai kad kredit. Baru mohon kad Ikhwan yang beasaskan perbangkan Islam. Sekurang2nya kita dapat hindarkan diri dari ‘RIBA’
6. Galakkan suami keluar membeli barang dapur yang disenaraikan isteri – Ni memang Wak praktikkan laa... Tapi memang betul apa yang Hajah Rohani kata ‘suami selalunya berfikir membeli barang yang lebih utama atau bukan yang bersifat luxury (mewah) ...’
7. Jauhi dan kurangkan atau berhenti terus dari merokok sebab memusnahkan kehidupan – Wak memang tak pernah hisap rokok... Wak terapkan pada anak2 bahawa rokok itu ‘HARAM’.
8. Gunakan formula yang paling tepat iaitu mesti usaha menyimpan dahulu sebelum berbelanja – Wak memang dah masukkan simpanan dalam membuat bajet dari gaji setiap bulan. Memang berkesan!
9. Mesti disiplinkan ahli keluarga menabung dari kecil supaya ada tabungan untuk masa depan – Wak belikan anak Wak tabung kat Maiden sorang satu termasuk si Tina (6 bulan) . Wak buat pertandingan, tabung siapa penuh dulu akan dapat hadiah.. Duit ni Wak masukkan dalam akaun PTPTN... Empat2 dah ada akaun sendiri.
10. Mulakan mengambil TAKAFUL dengan wang rebet minyak melalui pembaharuan cukai jalan kenderaan – Semua ahli keluarga Wak ada pelan Takaful termasuk kad perubatan Cuepacs Care dan PA (Wak agen Takaful ikhlas dan Cuepacs Care – yang berminat boleh hubungi Wak 012-6103619)

Nota : Ok lah... Tu je yang dapat Wak kongsikan untuk kali ini. Semoga kita sama2 praktikkan tips dari Hajah Rohani niii . Rajin2 la beli majalah ANIS... Wak sebenornya tumpang baca jee.. Nie majalah kegemaran orang rumah.

PPSMI: GAPENA BUAT LAPORAN POLIS

Berita terkini PPSMI..

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini membuat satu laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia ekoran keengganan kementerian terbabit memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Dato' Pendita Dr Haji Ismail Hussein di balai polis Brickfields pada 12.30 tengah hari tadi.

Gapena dalam laporan tersebut menyatakan sebab-sebab bantahan mereka antaranya kerana pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152 (6), Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada sub seksyen ini," jelas Ismail dalam sidang media di luar balai polis selepas membuat laporan tersebut.

Nota : Wak tertunggu2 bila agaknya orang2 UMNO ni nak bersuara tentang mendaulatkan Bahasa Ibunda… Kenapa diorang melalak pasal isu ‘Sultan’ tapi dalam isu ‘Bahasa Melayu’, diorang memBISU! Mereka merasakan yang diaorang ni bukan Melayu agaknya…. Atau terbelenggu dengan Budaya Mengampu & Budaya Gertak!

2.13.2009

BANGKIT BERJUANG MANSUHKAN PPSMI

Salam pejuang bahasa & bangsa...

Kebelakangan ini Wak perhatikan semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti dapat dilihat melalui beberapa pernyataan secara terbuka, demonstrasi, laporan polis serta tindakan undang-undang yang akan diambil.

Namun begitu di tengah-tengah kehangatan perjuangan pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu bagi memastikan haknya dipertahankan dan diletakkan di tempatnya seperti tertera dalam Perlembagaan Negara, ada suara di kalangan orang Melayu sendiri yang mempersoalkan tindakan pejuang bahasa, seolah-olah mereka melakukan suatu jenayah bangsa.

Apa yang menjadi tanda tanya dalam diri Wak dan mungkin ramai lagi di luar sana ialah kemana suara orang-orang Melayu dari kalangan UMNO… Kalau sekarang ini masing2 menunjukkan taring membela kedaulatan Raja, tapi kenapa membisu dalam soal memartabat Bahasa Ibunda.. ‘Bahasa Melayu’.
Jangan korbankan masa depan Bahasa Melayu dan anak bangsa demi mencapai agenda politik semata2. Kini kita hanya mendengar laungan ‘Hidup Melayu’ !!! tapi…. LESU!!! BISU!!! Dan KAKU!!!!


Malam di Balai Budaya


Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berteriak
‘Ayuh, mari kita berarak’

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
“Dada kami sedia dibakar’

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

USMAN aWANG
3 Mac 1967
Dipetik daripada Antologi Sajak Keranda 152

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails