2.16.2013

Dr Juanda & Dr Asri Akan Bertanding PRU13?

Dr Juanda: Saya memang timbang serius sertai PRU13...


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


Beliau juga mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut. 

Dr Juanda (kiri), pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan "persoalan besar" yang perlu difikir semasak-masaknya.

"Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

"Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini semalam.

Kelmarin ahhbar Sinar Harian melaporkan beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.



Bagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sependapat dengan Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

"Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis," katanya menjawab soalanMalaysiakini.

Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails