1.22.2013

'Ulat Tiket' Pudu Sentral Dah Melampau

 Kena Belasah kerana enggan beli tiket....



Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.

Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini. - HMetro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails