1.17.2013

Anak Beranak Bawa Kekasih Balik Rumah

Perangai liar macam ibu.....




Johor Bahru: Tiga beradik menjadikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini umpama rumah kedua sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada pengaruh negatif ibu mereka berusia 47 tahun yang sehingga kini masih terus mengunjungi pusat hiburan terbabit.

Pada masa sama, tiga beradik terbabit turut membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah keluarga di Skudai di sini, malah ibu mereka juga tidak mahu kalah dan turut melakukan perkara sama.

Sejak beberapa tahun lalu, kediaman keluarga berkenaan umpama hotel murah dengan lelaki serta wanita keluar masuk khasnya menjelang awal pagi. Perkara terbabit diakui ibu kepada tiga beradik berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Safiah.

Ketika ditemui, Safiah berkata, dia menganggap berhibur di pusat hiburan selain membawa kekasih pulang ke rumah sebagai hiburan semata-mata. - HMetro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails