12.28.2012

Banjir Di Pantai Timur Tambah Buruk



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 sebelah pagi.

Pagi semalam saja keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Banjir di Terengganu sehingga ini sudah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu. 

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu melebihi paras bahaya sehingga 5 petang tadi.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga petang semalam meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pada sebelah pagi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari semalam. - Sinar


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails