Gambar hiasan
Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita samun dan rompak terutama yang melibatkan warga emas yang tinggal bersendirian di rumah terutama di kawasan kampung. Ada beberapa kes samun dan rompak yang melibatkan warga emas ini berakhir dengan pembunuhan kejam.
Di sini dikongsikan tentang beberapa perkara yang perlu kita ketahui bagi mencegah dari penjenayah yang tidak berhati perut dan hanya mementingkan diri mereka sahaja.
Sasaran Penyamun :
1.Warga emas yang tinggal bersendirian
2.Warga emas yang tinggal bersendirian ketika keluarga meninggalkan rumah untuk bekerja
3.Warga emas yang tinggal di kawasan terpencil atau tinggal jauh dari rumah jiran
Modus Operandi - Cara Jenayah Dilakukan
1.Penjenayah menyamar sebagai penjawat awam
2.Berpura-pura sebagai orang yang boleh membantu memberi pertolongan
3.Berpura-pera untuk memberi perkhidmatan seperti memotong rumput, memperbaiki kerosakan dan sebagainya
4.Berpura-pura bertanyakan anak, jiran, rumah sewa dan sebagainya
5.Berpura-pura sebagai jurujual
Cara Jenayah Dilakukan
Berbagaihelah untuk memberi keyakinan kepada mangsa sehingga mangsa sanggup menurut apa sahaja yang diarahkan oleh penjenayahseperti menyerahkan barang kemas atau wang tunai.
Langkah Pencegahan
1.Rumah sentiasa berkunci dan pintu tidak dibuka kepada orang yang tidak dikenali
2.Apabila ada orang datang ke rumah, pastikan ditemani oleh jiran
3.Minta bantuan saudara mara/jiran tetangga untuk sentiasa mengawasi dan buat lawatan
4.Jangan sesekali biarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah walaupun kakitangan kerajaan tanpa dikenali
5.Tidak mempamerkan perhiasan barang kemas emasa berada diluar rumah
6.Simpan nombor Balai Polis yang berhampiran jika berlaku sebarang kecemasan
No comments:
Post a Comment