9.22.2012
Cabut Gigi di 'Batu Pahat'
Ade brani nak cabut gigi dengan doctor kat atas tuuuu?... Ngeri kan!
Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.
1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal. Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!
Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45 darjah ke arah gusi, manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.
Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing.
Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment