12.30.2010

Jumaat Nie Cuti Tapi Cikgu Tak Cuti

Cuti umum tapi orientasi, daftar murid diteruskan...

Sesi orientasi dan pendaftaran murid bagi persediaan sesi persekolahan 2011 masih diteruskan esok, walaupun telah diisytiharkan cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di Kuala Lumpir hari ini berkata sesi tersebut akan diteruskan memandangkan persiapan awal yang telah dibuat oleh kebanyakan sekolah.

Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan, kata kenyataan itu.

Sementara itu, kementerian juga mengucapkan taniah kepada pasukan bola sepak negara dan guru-guru serta menghormati dan menghargai cuti umum esok yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena kejayaan pasukan bola sepak negara itu malam tadi.

Pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia malam tadi, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan tersebut mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala itu.- Bernama

p/s : Tapi bila ade pihak nak bagi RM500 sebulan, ade la pulak orang kata negara boleh muflis. Tak sebut pun pasal pengorbanan cikgu nie.... Time cuti Cikgu kena jaga periksa SPM... Abis jee SPM, dah mula buat persiapan persekolahan sesi 2011... Bertuah lee yang jadi Polis & Askar.... Dah banyak kali pelarasan baru untuk elaun/gaji ...

Bak kata P. Ramlee... "Berkorban apa saja!!!"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails