7.30.2010

Tips Untuk Elak Menjadi Mangsa Culik, Ragut dan Bunuh...!!

Pelajar diculik depan sekolah...


Terbaru kisah adik Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15 yang hampir berjaya diculik yang dipercayai untuk dirogol oleh manusia berhati setan. Sebagai ibubapa atau orang dewasa kita bertanggungjawab untuk memberi panduan dan maklumat kepada anak-anak agar mereka selalu waspada terhadap orang sekeliling terutamanya orang yang mereka baru atau tidak kenali. Di sini, Wak kongsikan tips untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa culik, ragut dan bunuh...!!

1) Jerit Untuk Minta Bantuan

Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.

2) Sentiasa Berteman

Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).

3) Peraturan Sentuhan

• Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka
• Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TiDAK, atau LARI
• Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai

4) Katakan TIDAK!!

Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.

5) Nombor Telefon

Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.

6) Pakai Pakaian Berwarna Cerah

Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.

BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.

Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.
Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.

Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.
Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.

Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.

Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails