10.30.2009

ADUN Pelabuhan Klang Keluar PKR

Kes liwat antara punca Badrul keluar...

Wak pun rasa pelik bin heran bila membaca Malaysiakini bertajuk "Kes Liwat Antara Punca Badrul Keluar". Setahu Wak dan ramai lagi termasuk orang-orang kampung wak, kes tuduhan liwat nie bukannya benda baru malahan semenjak dari pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi... Tetapi itulah modal yang Wak rasa paling bobrok dalam memberikan alasan mengapa si Badrul nie keluar parti.

Tak taulah apa rasionalnya dalam memberikan alasan yang rasanya orang kampung macam Wak nie pun tahu menilai sejauh mana kewarasan dan kebenaranya dalam isu liwat DSAI. Lagi satu kalau kita pikir pulak dari sudut logiknya, tuduhan liwat nie pun dah banyak sangat 'keajaiban' yang berlaku sejak bermulanya dari budak si Saiful bertemu dengan DS Najib sampailah kepada berlakunya sumpah menyumpah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Kot ya pun nak bagi alasan keluar parti tu... bagilah alasan yang logik sikit bro. Kita orang kampung pun dah boleh capai internet dalam mencari cerita yang sebenar dan tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan media elektronik yang lebih condong ke arah pemerintah sahaja...


Malaysiakini - ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

3 comments:

  1. takde apa peliknya wak.

    badrul, seperti manusia lain, secara berperingkat akhirnya akan musykil jugak dengan anwar. tun dr mahathir ambil masa 5 tahun untuk mempercayai anwar adalah manusia seperti yang di tuduh oleh umi hafilda. selepas drM mempercayai tuduhan itu benar, maka drM mengambil tindakan untuk memecatnya atas alasan moral.

    saya sendiri mengambil masa 4 tahun selepas anwar di pecat untuk menerima bahawa tuduhan itu benar.

    badrul hisham pula mengambil masa 10 tahun untuk mempercayai bahawa tuduhan itu benar.

    mungkin wak tidak mempercayainya lagi, kerana menanggap perkara itu adalah tuduhan ajaib. sama lah seperti saya, badrul hisham dan ramai lagi, yang dulu mengganggapnya tuduhan liwat itu fitnah dan ajaib.

    tetapi jika di takdirkan hati wak satu hari nanti tak dapat tolak kebenaran tersebut, adakah wak nak duduk lagi dalam parti keadilan?

    ReplyDelete
  2. trima kasih atas komen sedare....

    Utk pengetahuan sedare, Wak tak duduk di PKR dan hanya menyokong kepada perjuangan berlandaskan Islam.

    Wak melihat kes liwat DSAI dari sudut Islam... Tuduhan yang memerlukan saksi seperti menuduh 'zina'.

    Kesimpulannya... Negara haru biru dari sudut perundangan kerana masih menggunakan hukum buatan manusia. Semakin canggih hukum buatan manusia... kita rasakan kita dan jenerasi kita selamat.
    Tapi hakikatnya, sebaliknya... Kerana Allah maha mengetahui dan sesunguhnya Allah menurunkan Al-Quran untuk semua umat mengamalkan ajarannya bukan sekadar menjadi barang hiasan atau tontonan sambil mengalunkannya.... Wallahualam!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails