7.10.2009

PPSMI : TUN DR MAHATHIR MASIH BERDEGIL

Dr Mahathir minta undian pembaca blog..

Nampaknya pengasas PPSMI, Tun Dr Mahathir masih lagi belum berpuas hati dengan tindakan kerajaan untuk menghapuskan PPSMI pada 2012. Malahan beliau mendakwa kerajaan tidak mendengar suara rakyat dan tidak prihatin dengan kekecewaan rakyat dan malah kemarahan terhadap kerajaan dengan keputusan mmansuhkan PPSMI.

Beliau menafikan bersetuju dan menerima pemansuhan dasarnya itu, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan.

Dasar kontroversi PPSMI dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012 seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas jemaah menteri menyokong pembatalan dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada 2003
.
Bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan undian isu tersebut di blognya mulai hari ini.

Mantan perdana menteri mengharapkan undian di blognya boleh mencelikkan mata kerajaan bagaimana pendapat orang ramai berhubung keputusan memansuhkan PPSMI.

Wak rasa bukan kerajaan yang perlu dicelikkan mata, tetapai Tun Dr. M sendiri yang perlu bukak mata dan jangan pekakkan telinga dengan suara rakyat yang mahukan PPSMI dihapuskan dari muka bumi Malaysia ini semenjak beliau sendiri perkenalkan dahulu.

Oleh kerana dasar autokratik beliaulah PPSMI dilaksanakan tanpa ada kajian mendalam mengenainya dan dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa. Tun sepatutnya membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah.

Kalau Tun sedih kerana anak-anak akan jadi mangsa dasar mengajar bahasa ibunda bagi Matematik , maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.

Wak pun heran dan rasa pelik dengan pendirian Tun yang rasanya tak reti bahasa. Mereka yang membantah PPSMI datangnya dari manusia seperti Profesor Ungku Aziz sehinggalah ke Dato A. Samad Said, malah guru-guru di sekolah rendah dan menengah, dari orang kampung menoreh getah, nelayan, sehinggalah kepada driver serta mat peon di bandar-bandar.

Namun kita yang menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) jangan rasa terkejut dalam tempoh sebelum 2012, kerajaan akan menarik balik semula keputusan untuk memansuhkan PPSMI hanya kerana menjaga hati seorang insan yang bernama MAHATHIR.

So, andainya Tun Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya, maka Wak bersetuju dangan saudara FT yang menulis dalam blognya menyarankan agar Tun keluar UMNO sekali lagi atau keluar saja dari bumi MALAYSIA.

1 comment:

  1. lu cakap baik sikit lah brader beliau keluar dari malaysia... kalau beliau takda kat malaysia ni ko xkan ada nyer blog nie....
    ko xkan mencapai apa yg kita capai skang
    bnyk jasa beliau!!!
    lu senang2 nak halau!!!
    ANAK BARUA


    lu ni melayu ke apa??

    HAPRAK
    lu parit jawa eh???

    gua anak jati parit Bengkok

    jaga loe!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails