9.19.2010

Sillatul-Rahim Di Rumah Terbuka

JALINKAN SILLATUL-RAHIM....

Hari nie merupakan masuk hari ke-10 kita menyambut hari raya. Ketika ini ramai antara kita mendapat jemputan ke rumah terbuka terutama pada hujung minggu begini.

Inilah peluang kita untuk merapatkan sillatul-rahim antara sanak saudara dan rakan-rakan. Mungkin dikesempatan musim raya inilah dapat kita bertemu dengan mereka... setahun sekali agaknya.

Ambillah peluang di rumah terbuka ini kita menjalinkan sillatul-rahim yang dituntut oleh agama. Semoga kita beroleh keberkatan dalam mengharungi kehidupan.

Semalam Wak berkesempatan menjemput jiran-jiran beraya ke rumah. Orang rumah ada buat soto (nasi impit dan mee hun). Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita. Macam2 cerita termasuk perbincangan hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

Rasa meriah!!! Mana taknya... Inilah rasanya masa yang ada untuk kami kumpul bersama-sama beserta dengan keluarga masing2. Setahun sekali!!! Dihari yang lain kami sibuk dengan tugas masing2.

MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).

Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil, berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl : 90)

Kata Anas r.a. , "Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hari kiamat :
(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang kan umurnya dan diluaskan razkinya;
(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;
(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.

Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :

(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada yang memutuskan sillatul-rahim.
(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.
(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan sillatul-rahim :
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala menghubungkan sillatul-rahim".

Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya: "Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".

Sekurang-kurangnya sepuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara sillatul-rahim itu, iaitu :

(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat itu perintah Allah Taala;
(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;
(3) Menyukakan para malaikat;
(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di kalangan muslimin;
(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;
(6) Melanjutkan usia;
(7) Memberkatkan razki;
(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;
(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;
(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.
Wallahu a'lam.

9.13.2010

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit


2010/09/13 KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.


Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya

9.04.2010

Hentikan Guna Minyak Sapi 'QBB'

Sama-sama kita sebarkan....



KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar atas) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ramadan… Pemergianmu ditangisi

Akhir Ramadan....



Masa solat Jumaat tadi Wak ada ambil satu pemplet yang disediakan oleh IKRAM NEGERI MELAKA kat maasjid Kampung Gangsa. Menarik isinya. Lalu Wak bawa balik untuk bacaan isteri tersayang kat rumah.

Wak ingin berkongsi sedikit ilmu dan manfaat yang perlu kita ketahui diakhir bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semarakkan ibadah pada akhir Ramadan…

* Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
* Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam
tersebut.
* Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah
r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir
Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya
dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
* Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah
dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
* Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu."
* Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh
hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
* Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
* Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan
bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan
terang benderang.

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.

Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan
'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat
fitrah).
5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah
dengan penuh penghayatan.
6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.

9.03.2010

Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Rakyat lebih percaya media baru, fikirlah Najib...

KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul supaya semua media mencontohi media perdana yang dikatakannya melaporkan dengan fakta, berbeza dengan media baru.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sangsi dengan kenyataan Najib mengenai kenyataannya dengan mendakwa media perdana pada hari berada di dalam landasan yang betul, manakala yang salah ialah media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.

“PAS yakin inilah keresahan yang melanda di kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini yang cuba hendak meletakkan media baru di kandang orang salah supaya rakyat sangsi terhadap pemberitaan media baru.

“Datuk Najib harus fikir kenapa rakyat lebih percaya media baru daripada media perdana. Sebabnya rakyat pada hari ini sudah tahu membezakan antara kaca dan permata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebaik sahaja satu laporan yang dibuat oleh media perdana, maka selang beberapa minit sahaja laporan itu diperbetulkan kembali dengan fakta dan gambar.

Contoh yang terbaru, ujarnya sikap yang ditunjukkan oleh media ayam daging Umno ketika melaporkan apa yang berlaku di Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

“Media ini melaporkan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang sedang memberi ‘tazkirah’ dan memberi bantuan kepada ahli PAS,” katanya.
Apa yang berlaku, jelasnya ialah Teo sedang memberi taklimat mengenai skim pendidikan Kerajaan Selangor dan beliau memberi bantuan kepada surau sebanyak RM1,000.

Ini, tambahnya hanya satu contoh fitnah yang jahat untuk memburukkan PAS dan Teo daripada DAP.

“Apakah ini yang Datuk Najib suruh media baru tiru cara laporan media perdana yang penuh dengan fitnah?” soalnya.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan oleh media perdana, mereka tidak memperdulikan soal saman malu dan balasan Allah SWT, yang penting ialah dapat memuaskan golongan yang menzalimi dan menipu rakyat.
Tambahnya, tujuan laporan yang berupa fitnah mereka buat supaya persepsi rakyat terhadap PAS jahat.

Ini, kerana katanya mereka tahu proses undang-undang memakan masa yang lama, setelah fikiran rakyat telah dirosakkan begitu lama.

“PAS bukan meminta media ini memuji PAS dan Pakatan Rakyat dalam pemberitaan mereka. Kalau pun tidak mahu melaporkan apa yang PAS buat, jangan pula sanggup melaporkan berita fitnah terhadap PAS,” ujarnya.

8.31.2010

Persamaan & Perbezaan

Isu orang bukan Islam masuk ke Surau.....

Rasanya semua antara kita pernah buat peraduan mencari perbezaan antara dua gambar yang sama. Kita pun punyalah teruja mencari perbezaan dengan membulatkan apa yang tak sama....


Apa kata kali nie kita sama-sama senaraikan persamaan dan perbezaan antara Gambar A dan gambar B kat bawah nie. Cuba kita kumpulkan seberapa banyak yang boleh kita cari persamaan & perbezaannya....

Mari kita tengok sape yang kenaaaaa......

GAMBAR A


GAMBAR B


PERSAMAAN :

1. Peristiwa nie berlaku kat dalam Surau
2. Dalam Surau tak pakai tudung
3. Berucap guna mikrofon
4. Yang berucap jantinanya pompuan
5. Penceramah tak tutup aurat (rambut)



PERBEZAAN :

1. Agama yang dianuti oleh penceramah (Yang pastinya penceramah Gambar B tuu Islam)
2. Bangsa penceramah (sorang China sorang lagi tu Melayu)
3. Pada Gambar A sorang je tak pakai tudung.... Gambar B, ramaiiiiiiiii tak pakai tudung (rasanya semua Melayu tuuu)
4. Yang gambar A tak guna rostrum... Gambar B siap ngan rostrum
5. Sorang YB sorang lagi Datin Seri


Kalau ada lagi yang korang nak tokok tambah tuu...silakan. Wak dah kekeringan idea laa pulak.

Moralnya : Kalau puak-puak tertentu tuu nak mainkan isu pasal gambar A tuu jangan sebut pasal 'tak tutup aurat'. Nanti ade la pulak orang yang terasa. Gunakanlah hujah yang lain...

Link yang berkaitan klik disini atau baca disini

Salam Merdeka

Pahlawan Kemerdekaan ~ Usman Awang



PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails