6.06.2012

WWW 15 : Adakah Duit Rakyat Yang Terkorban?



Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.

Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut. Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran. Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ. 

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak bayar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali. 

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails