5.16.2012

Selamat Hari Guru...

16 Mei datang lagi...

Selamat hari Guru buat semua insan bergelar guru... Terutama buat guru-guruku semasa di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon , Parit Othman (1975 - 1980), buat guru-guru di Sekolah Menengah Rendah parit Sulong... (1981-1983) Buat guru-guru di Sekolah Menengah Dato' Sulaiman parit Sulong (1984-1986).

 Tak lupa juga buat pensyarah-pensyarah di Politeknik Ungku Omar (1990 - 1992), buat pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Teknik KL (1993 - 1994), buat pensyarah-pensyarah di UTM Jalan Semarak (1999 - 2001) dan semua pensyarah di OUM (2002 - 2006)....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails