4.01.2012

PTPTN : Pemikiran DSAI Lebih Kehadapan Berbanding Pemikiran Menteri

Pemikiran DSAI 3 tahun lebih kehadapan berbanding pemikiran Menteri yang menjaga Kementerian Pengajian Tinggi... Nie lah bezanya pemikiran idea dari pemimpin Pakatan rakyat berbanding pemikiran dari pemimpin sang pemerintah. 


Hujah yang dilontarkan oleh DSAI dalam menyelesaikan beban hutang PTPTN ada lojiknya. Menguruskan pendapatan negara dengan cara lebih berkhemah adalah salah satu jalan yang dapat menangani masalah PTPTN. Jika kita lihat dari Laporan Ketua Audit Negara bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan kepincangan, kelemahan dan juga ketirisan yang berlaku menunjukkan kelemahan kerajaan yang memerintah sekarang ini.


Rata-rata pemikiran dari kalangan pemimpin-pemimpin BN hanya ingin menyelesaikan masalah dalam tempoh jangka pendek sahaja lebih-lebih lagi dalam bahang suasana PRU 13. Mereka menabur wang ringgit untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat seperti memberikan BR1M kepada mereka yang berpendapatan kurang RM300.00. Pelajar-pelajar sekolah mendapat wang RM100.00 dan pelajar-pelajar IPT diberi kupon RM200.00 untuk membeli buku.


Hari ini jika kita lihat permasalahan yang ditanggung oleh rakyat bukan hanya dalam lingkungan jangka pendek malahan lebih dari tempoh itu. Beban harga barang yang sentiasa naik tanpa dibendung oleh pihak Kementerian yang bertanggungjawab memantau harga barang lebih memeritkan kesengseraan rakyat bawahan dan pertangahan khususnya.


Namun apa pun jalan penyelasaian bagi merungkai permasalah yang ditanggung oleh peminjam -peminjam PTPTN yang dilontarkan oleh DSAI samada dapat diterima atau tidak bergantung kepada kepercayaan dan pemikiran rakyat yang kini lebih matang menilai dan seterunya membuat perhitungan pada PRU 13 nanti.


Kita tunggu dan lihat samada golongan-golongan muda yang kini bergelar mahasiswa-mahasiswi ini menerima cabaran yang dilontarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi atau sebaliknya. Malahan cabaran itu sebenarnya juga patut disambut oleh ibu bapa yang mempunyai anak penanggung PTPTN, ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal ke IPT, ibu bapa yang mempunyai anak di tingkatan 3, 4 dan 5 (tempoh yang diberi oleh DSAI)..... 


....dan tak lupa juga kepada penanggung-penangggung PTPTN yang telah bekerja samada yang telah membayar (harap-harap dapat dipulangkan balik), atau yang sedang membayar, atau baru mula nak bayar, atau yang baru dapat surat peringatan, atau ... sesiapa saja yang anti PTPTN!!!!!

Lontaran Idea DSAI

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

Cabaran Oleh Menteri Pengajian Tinggi

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.

Semua anak muda penanggung beban PTPTN WAJIB sambut cabaran yang dilontarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi ini....

1 comment:

  1. takat nak cakap guna ayer lior..budak tadika pun boleh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails