3.08.2012

SBPA BATAL.... Duit Rakyat Terkorban Lagi!


Pagi tadi kat ofis agak kecoh jugak laa bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Ada yang bagi respon positif.... Ade jugak yang salahkan Cuepacs terutamanya mengutuk Presidennya... Datuk Omar Osman. Wak pun tak nak komen pasal menda nie sebabnya memang ada kelemahan dalam perlaksanaan SBPA yang pihak JPA terlepas pandang atau pun memang nie lah kesannya jika sesuatu perkara itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa perundingan yang baik.

Apapun pemansuhan SBPA ini telah menunjukkan kelemahan pentadbiran JPA yang gagal memikul amanah PM untuk sektor awam dalam menyelaraskan soal gaji dan perkhidmatan kakitangan kerajaan hingga terbatalnya SBPA. Sepatutnya pengumuman PM selaku Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 tentang SBPA diurus oleh JPA secara berhemah dengan kerjasama padu Cuepacs dan beberapa agensi yang berkaitan.

Jika kita lihat pembatalan dasar seperti SBPA ini selepas diumumkan penguatkuasaan pelaksanaannya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.Persoalannya mengapa pihak kerajaan melalui JPA terburu-buru mengumumkan pelaksanaannya meski pun masih belum ada konsensus menyeluruh daripada golongan penjawat awam?...

Rata-rata penjawat awam telah menandatangani borang opsyen SBPA... Berapa banyak kos wang ringgit rakyat hangus begitu saje ... Duit kertas... duit ink printer... duit toner mesin photostat... Ditambah lagi dengan perbelanjaan road show untuk memberikan taklimat kepada seluruh kaki tangan awam di seluruh negara....

Akhirnya.... DUIT RAKYAT TERKORBAN LAGI....

Sedar tak sedar.... sebenarnya kesan dari kelemahan kepimpinan yang ada sekarang ini seluruh rakyat menanggung kenaikan harga barang kesan dari gembar-gembur kenaikan gaji kakitangan awam melalui SBPA... Bak kata pepatah lama "telor sebijik riuh sekampung!!!"... Belum sempat orang nak merasa gaji baru, pihak pasar raya dah mula mengkaji kadar kenaikan harga barang...


Semua barang dah naik... susu anak naik.... ikan, ayam & sayur kat pasar pun dah naik....  Bila SBPA nie dah mansuh, agak-agak laa peniaga kat pasar @ pasaraya tuu nak turunkan semula harga barang ... Dah semua naik, mana nak turunnya.... Tapi kita semua patut bersyukur kerana masih ade yang tak naik.... HUJAN!!! Hujan turun....

Jika kita imbau kembali ... begitulah yang terjadi kepada dasar PPSMI yang deperkenalkan oleh zaman pemerintahan Dr Mahathir. Satu dasar pendidikan yang dilaksanakan secara terburu-buru tanpa membuat kajian yang mendalam kesannya terhadap sistem pendidikan negara.

Hasilnya ... DUIT RAKYAT TERKORBAN LAGI DAN LAGI DAN LAGI...LAGI...LAGI....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails