11.09.2010

Peluang Memiliki Netbook 1Malaysia

300,000 lagi netbook 1Malaysia diagih...


CYBERJAYA - Sebanyak 300,000 unit Netbook 1Malaysia akan diedar kepada golongan yang layak bulan depan dalam fasa kedua program pemberian komputer riba itu secara percuma oleh kerajaan.

Agihan netbook itu akan dibuat bagi tempoh tiga bulan, kata Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yassin di sini hari ini.

Dalam fasa pertama, sebanyak 123,000 unit netbook telah diagihkan kepada kumpulan sasar terdiri isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar.

Sebanyak 65 peratus komputer itu diagihkan kepada pelajar manakala 35 peratus lagi dibahagikan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta kawasan yang mempunyai perkhidmatan itu dengan sasaran pengagihan meliputi kampung tradisi, kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat di seluruh negara.

Zulkarnain berkata, pemberian Netbook 1Malaysia dengan kos RM1 bilion itu merupakan antara projek di bawah USP membabitkan kos keseluruhan RM4.79 bilion. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails