5.13.2010

AWAS!!! H1N1 TERUS MEMBURU MANGSA

52 kes baru H1N1 dilaporkan semalam...

PUTRAJAYA 13 Mei — Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata, sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip “siapa dulu dia dapat” kerana bilangan vaksin yang terhad.

"Sehingga semalam, masih terdapat kira-kira 130,000 baki dos vaksin H1N1 di seluruh negara untuk diberikan,” katanya. - Bernama

Langkah-langkah pencegahan :

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
* Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
* Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
* Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
* Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejalainfluenza, segera dapatkan rawatan awal
7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails