12.06.2011

Masa Depan ISLAM 'Gerhana' Jika UMNO Terus Berkuasa

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan...


Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak....

Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun hakikatnya apa yang lebih parah lagi adalah masa depan Islam telah pun gerhana di bawah pimpinan UMNO sekarang ini.. Buktinya..

Sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua Soi Lek, presiden MCA membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan. Keceluparan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang memperlekehkan hukum Hudud dengan menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

Kenyataan Chua yang biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam. Malahan kenyataan beliau berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini oleh semua masyarakat.

Namun apa yang kita lihat, sikap membisu UMNO yang langsung tidak menegur kebiadapan dan keceluparan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan.

Sebabnya mudah... Pemimpim-pemimpin UMNO sendiri memperlekehkan hukum Hudud. Malahan hanya pandai berkata-berkata itu salah ini salah... Malahan apabila PAS telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan UMNO bukan sahaja tidak menyokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar.

Ternyata DS Najib tersilap berkata-kata semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Bukan sahaja Melayu Gerhana dibawah pemerintahan UMNO, malahan yang lebih dahsyat lagi agama ISLAM telah Gerhana dan dihina sewenang-wenangnya oleh sekutu UMNO di bawah pemerintahan BN....

Artikel berkaitan di Malaysiakini ... Klik di sini

12.05.2011

KAK IJAT... BERUNDURLAH SEBELUM KAMU DIUNDURKAN!


Jika DS Shahrizat berundur, persoalannya adakah beliau sahaja yang sepatutnya berundur...? Adakah kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya itu hanya melibatkan beliau seorang????

Siapakah disebalik projek NFC itu juga seluruh rakyat 1Malaysia ingin tahu, siapa punya angkara... Adakah pemberian projek itu turun dari langit??? Atau ia melibatkan pak-pak menteri ketika itu???

Jika ada pak-pak menteri yang terlibat dengan penganugerahan projek NFC kepada keluarga DS Shahrizat , tidakkah mereka juga sepatutnya turut melepaskan jawatan atau berundur... Inilah persoalan-persoalan yang tak kan memungkinkan DS Shahrizat melepaskan jawatannya..... Sebab mudababnya amat mudah...

SEBAB.... yang terlibat dengan projek NFC ini dari kalangan pemimpin UMNO...
UMNO kini sudah terlalu 'busuk' .... "Umno Busuk Hingga Ke Usus".

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur ....

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.

11.24.2011

AUKU : PM Berjanji Lagi....

Masih terngiang-ngiang janji PM untuk mansuhkan terus ISA .... Imbas kembali perutusan PM sempena sambutan Hari Malaysia 2011...

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Namun ... segalanya adalah sekadar janji tinggal janji ...
Apabila penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah pada 14 Noverber yang lalu...
 
Hari ini sekali lagi PM 1Mlaysia membuat pengumuman untuk meminda AUKU... Apakah seluruh rakyat 1Malaysiaakan di tipu lagi dengan janji-janji PM...  Kita sama-sama tunggu dan lihat...

Berita dipetik dari Malaysiakini....

Seksyen 15 AUKU halang pelajar berpolitik akan dipinda....

Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

"Pindaan ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli parti politik,” katanya semasa membentangkan usul bagi memansuhkan tiga perisytiharan darurat berusia lebih 40 tahun di Dewan Rakyat pagi ini.

Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja dan mereka masih tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Bagaimanapun pada ucapannya, Najib berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, ini adalah perlu kerana pelbagai implikasi berkaitan undang-undang.

Larangan pelajar terbabit dalam politik diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1971 berikutan demonstrasi pelajar di Baling, Kedah.

11.17.2011

46,012 calon UPSR peroleh 5A

Sorang darinya adalah Abang Long.... Tahniah!!

PUTRAJAYA: Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud pada sesi pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, sebentar tadi.


UPSR: Terengganu terbaik untuk kali ke-11

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengekalkan kejayaan terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk kali ke-11 berturut-turut dengan Gred Purata Negeri 2.14, peningkatan 0.11 berbanding 2.25 tahun lalu.

Sekolah luar bandar termasuk Sekolah Kebangsaan Dusun Hulu Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu Tok Dor, Besut, mengungguli kecemerlangan.


TAHNIAH DINIE IRHAM..... 5A!!!


Antara rahsia kejayaan Abang Long adalah tetapkan MATLAMAT!! Buat matlamat ini mulai sekarang untuk adik-adik yang akan menduduki UPSR 2012. Tampalkan di dalam bilik di depan meja study dan juga disebelah cermin muka..... Baca setiap hari sekurang-kurangnya sekali dan disusuli dgn tindakan..... InsayaAllah... Kejayaan Pasti Milik Anda!!!


SEMAK KEPUTUSAN UPSR 2011

Berdebar2 Wak rasa menjelang ke pukul 10 pagi nie. Anak Wak yang sulong mengambil UPSR 2011 yang lalu. Keputusan akan diketahui beberapa jam saje lagi. Isteri Wak tidur pun tak lena.... Maklumlah anak sulong!!! Tapi abang long tidur lena jeee...

Apa pun harapannya agar abang long akan dapat keputusan yang cemerlang 5A.. insyaAllah!!

Sekadar informasi...

Info berkaitan keputusan UPSR 2011.Terdapat beberapa kemudahan aplikasi untuk membuat semakan diantaranya dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Disamping itu Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi

Boleh ikut langkah-langkah berikut :


Perkhidmatan mySMS ini akan diaktifkan sehingga pukul 12 tengah malam pada 23 November dan pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi ini.

SIDANG MEDIA: PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa sidang media di atas akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 17 November 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Aras 6, Blok E8, Parcel E
Putrajaya

Tetamu Kehormat : Y. Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

11.05.2011

PPSMI : Kerajaan BN Mungkir Janji....

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI......

"BN tipu adikkk.... BN tipu lagi... BN tipu dulu, kini dan selamanya!"

Wak dah terlalu lama tidak berbicara di dalam blog ini. Seakan sudah mati akal untuk berbicara dengan pelbagai cerita yang kadang-kdang tiada penghujungnya.

Telah banyak yang kita lihat, isu-isu yang dimainkan dimedia-media massa dan elektronik menurut telunjuk sang pemerintah. Mereka memainkan isu demi kepentingan politik sempit yang kadang-kdang memualkan untuk kita terus bicarakan. Satu demi satu isu dimainkan.

Yang pastinya setiap isu yang dimainkan pasti menyebelahi sang pemerintah walau ianya jauh menyimpang dari kebenaran... Segalanya diwujudkan demi menagih simpati dari rakyat jelata untuk terus memerintah pada PRU-13 nanti.

Tidak kira dalam isu apa jua yang dimainkan sudah pastinya pihak Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa tidak kira serangan peribadi atau pun parti. Inilah demokrasi ala BN 1Malaysia.

Kenapa Wak menggagahkan jari untuk menulis pada entri kali ini setelas beberapa bulan menyepi. Wak dah tak tahan lagi dengan permainan politik sempit BN. BN mungkir janji!!! Bukan sekali tapi dah banyak kali. Melalui TPM yang membuat pengumuman semalam bahawa pelajar PPSMI diberi pilihan samada untuk meruskan dalam BI atau sebaliknya.

Apa kejadah semua ini....  Apa lagi sandiwara yang mereka mainkan disebalik pengumuman oleh TPM semalam. Siapa disebalik TPM???? Adakah TPM dan pemimpin BN yang lain gentar dengan ugutan PAGE. Adakah mantan PM, Tun M telah memberikan kata dua kepada TPM yang telah berjanji bahawa kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk memansuhkan PPSMI menjelang 2012.

Ini semua adalah kerja politik dengan mempolitikan bahasa dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia....Menipu rakyat... Mungkir janji... Munafik!!!!

Tindakan TPM untuk memberi pilihan kepada murid-murid memilih samada mahu meneruskan PPSMI atau sebaliknya akan mengkucar-kacirkan sistem pendidikan negara.
Mereka juga yang mengakui bahawa PPSMI telah GAGAL. Namun mereka juga yang menyediakan kubur untuk anak-anak bangsa yang masih di alam persekolahan.

Terang lagi bersuluh.... Kajian menunjukkan kurang 5% daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan BI sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9% daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Terutama di kawasan luar bandar...


Kalaulah BN boleh tunduk dengan ugutan PAGE, marilah kita sama-sama bergerak terutama pencinta Bahasa Kebangsaan dan demi anak bangsa... kita tumbangkan BN pada PRU-13 yang akan datang. Jangan halang kami jika terpaksa sekali lagi mengusung keranda PPSMI ke jalanan.... 'Perarakan Keranda 152'!!!

10.05.2011

Cincin Berlian RM24 juta Memang Wujud....


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Yang pelik bin ajaib.... Tapi cincin yang harga berjuta-juta nie tak de sape yang beli. Ni kalau buat filem LORD OF THE RING versi Malaysia gerenti meletup pak...nampak macam fantasi tapi realiti.

Cincin nie wujud kat Malaysia tapi tiada pembelian... Maknanya tak de sape pun yang beli cincin nie... Sebab mahal sangat harganya kottt!!!! Kira syarikat nie tersalah antar laaa... So cincin nie pun dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincinnnnnn... Pastinya ade insan yang tak tidur malam sebab cincin idamannya dah kena pulanngkan. Pastinya terguling2 kat atas tanah macam budak umur 2 tahun tak dapat beli mainan....

Bertuah Cincin berlian nie... Boleh jalan-jalan cari makan... Dah jemu Kat Malaysia boleh pergi Monggolia. Lepas tu singgah sat kat Kazakhstan. Nanti dah agak lama orang dah lupa isu cincin nie, balik semula kat Malaysia... Betul2 Cuti-cuti Malaysia!!!!

Habis tu ape moral cerita cincin berlian nie... Senang jeee.. 1Malaysia kena percaya la cerita yang penuh misteri nie.. Percaya jangan tak percaya... Mana2 rakyat Malaysia yang tak percaya cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mungkin akan didakwa...

Apa pun situasinya... Percayalahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! (ikut macam Dato' Siti nyanyi)

Sumber ; klik di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails