7.10.2011

Himpunan Patriot.... 1Malaysia 1Bangla......


Wartawan: Boleh ambik you punya gambar kaaa?
Mat Bangla : Boleh..boleh.... mau masuk paper kaaa???
Wartawan : Paper tak boleh masuk laaa... Tapi internet boleh masuk punya..
Mat Bangla : ok..ok... kasi nampak ini baju arrr..
Wartawan : mana you all dapat itu baju?
Mat bangla : Itu depan sana ambil.... dia orang bagi freee...
Wartawan : ramai kaa yang dapat ini baju...
Mat Bangla : Kita semua kawan satu rumah dia kasi panggil.... Itu baju bagi free..
Wartawan : you all tau kaa ini patriot...
Mat Bangla : Patriot kaaa.... itu sama jenis petrol laa... itu petrol merah murah sikit laaa.... petrol hijau mahal laaa...
Wartawan : macamana you tau itu petrol merah murah... petrol hijau mahal...
Mat Bangla : Saya sama ini kawan kerja itu petronas punya tempat...
Wartawan : oooooooo....


PEACEEEEEEEE!!!!!!!!... Untukmu Khairy, Reezal dan Aziz....


7.09.2011

Gelombang Kuning Dari Selatan Sedang Menuju Ke Ibu Kota


Difahamkan sekarang ini segerombolan penyokong Bersih dari selatan sedang dalam perjalanan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke Ibu Kota. Mereka mula menaiki KTM pada jam 2 pagi tadi.

Adakah mereka akan lolos sehingga ke destinasi Bersih yang telah ditetapkan masih menjadi tanda tanya. Semoga perjalanan sahabat-sahabat kita yang cintakan keadilan dipermudahkan... Amin!

Adakah hari ini akan tercipta sejarah Tanah Air... 'Tentera Kuning' menawan Ibu Kota. Dengan segala bentuk tekanan serta ugutan dkenakan terhadap pendokong-pendokong Bersih. Tidak cukup dengan ugutan kepada seluruh rakyat melalui propanganda pemerintah melalui seluruh jenis media massa dan elektronik... Mimbar masjid.. Pekeliling-pekeling segera jabatan-jabatan kerajaan... sekatan jalanraya... dan banyak lagi yang kadag tak terfikir oleh kita rakyat biasa yang katanya duduk dalam sebuah negara demokrasi...


Kita tunggu detik sejarah ini.. Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan semoga rakan-rakan semua mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa.... Sesungguhnya aku malu dan merasa begitu kerdil kerana berhati kecil yang tidak mampu melawan 'arus perdana' sang pemerintah....

Teruskan perjuangan.....

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai dalam kalbu

kini, cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya
kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya

A SAMAD SAID
Sasterawan Negara Yang Tulen

7.06.2011

BERSIH ... Timb. Ketua Polis Pun Dah Poning...


Dia kata suruh mohon permit... dengan kadar segera!!!!

Bila orang bagi tau yang BERSIH tu sebuah pertubuhan haram... dia sekadar angguk kepala...

Tandanya dia memang dah pening tuuuu...

Yang rakyat semua heran... kalau dapat permit pun segala yang berkaitan dengan Bersih masih tetap haram...

Negara ku dah jadi Kong kali kong...



Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini mengadakan sidang akhbar bagi menasihatkan BERSIH 2.0 supaya memohon permit.

"Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium,” kata Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, petang ini.

"Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin.”

Apabila wartawan mengingatkan Khalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit, Khalid hanya mengangguk.

Ditanya wartawan berdasarkan status BERSIH yang dianggap haram oleh kerajaan, sama ada polis akan menolak permohonan itu jika ia dibuat, Khalid enggan menjawab secara langsung.

Apabila wartawan bertanyakan sama ada permohonan di bawah nama pertubuhan yang berdaftar,lain boleh dibuat, Khalid menjawap: “Mungkin mereka boleh, saya tak tahu.”

Katanya lagi, jika permit dikeluarkan, peserta perhimpunan juga dilarang memakai atau memiliki apa-apa barangan yang menyokong BERSIH 2.0

"Baju dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH (2.0)... BERSIH (2.0) telah digazetkan sebagai pertubuhan haram. Apa-apa barangan yang berkaitan BERSIH (2.0) dilarang ,” katanya sambil menambah pesalah akan ditangkap.

7.04.2011

Gabungan 60 NGO Menghadap Yang di-Pertuan Agong


Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar hari ini permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

"Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0.

Walaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau dimaksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang.

Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "Ya".

6.30.2011

Keranamu KUNING!!

Baju kuning pun jadi sasaran polis...


"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,”

Cerita lanjut klik di sini

Adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama???





Warna batik kuning pun macam dah tak selamat... "Ya Allah ya tuhanku.... Kau selamatkanlah diriku .. tolong tukarkan warna kulitku ini menjadi warna selain dari warna kuning... Sesungguhnya aku terlalu takut dengan warna batik kuningku ini untuk terus hidup dimuka bumi Mu ini!!!"

6.28.2011

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Rakyat 1Malaysia tak terkejut....

Kadar ini masih rendah berbanding kegunaan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri di negara lain. Contohnya seperti Indonesia,Thailand, Monggolia dan juga di Kazakhstan.

Oleh itu PM dan TPM sekeluarga masih menggunakan kadar elektrik dengan cara berhemah dan berjimat cermat. Sesunggunhnya membazir itu adalah saudara saitan...

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Kepada seluruh rakyat jelata...berhemahlah dalam menggunakan tenaga elektrik. Apatah lagi baru-baru ini tarif elektrik telah naik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun yang lepas.

Berita Malaysiakini.....

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir da;am sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

6.24.2011

Gelagat Penyokong Dato T

Orang yang mengaku Islam tapi Jahil Agama.....


PERKASA ... Perjuangan atas nama BANGSA, BANGSAT jadinya!!!


Bukan Islam sayangkan Dato T...


BEBASKAN DATO T.... Dah kena tahan keee? Kena denda ajelah....


SEKADAR RENONGAN...

Dalam bahasa sehari-hari kata ‘fitnah’ diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah. Tapi apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksud di dalam Al Quran itu seperti yang disebutkan itu? Mari kita telaah.

Di dalam Al Quran surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mendefinasikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqoroh (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang ertinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqodah, Dzulhijjah dan Muharram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails