8.28.2010

Kecanggihan Teknologi Terkini

Tengok rumah dipecah menerusi iPhone....

DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang sedang bercuti 2,253 kilometer (km) dari rumahnya di sini menghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefon bimbit iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk ke kediamannya itu untuk merompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Vince Hunter menggunakan peralatan iCam yang berharga £2.60 (RM8.17) menyebabkannya boleh memantau penceroboh walaupun dia tidak berada di rumahnya baru-baru ini.

Dia mendapat maklumat mengenai pencerobohan itu selepas satu alat pengesan mendapati terdapat pergerakan dalam rumah menyebabkan alat tersebut menghantar mesej amaran kepadanya.

Hunter turut melihat kejadian di rumahnya itu menerusi iPhone yang menunjukkan dua perompak memakai sarung tangan manakala cermin pintunya pecah selepas dibaling dengan batu.

Dia yang berada di Connecticut untuk melawat ibu bapanya kemudian menghubungi talian 911 setelah melihat kejadian tersebut.

Dua perompak itu kemudian melarikan diri tanpa sempat melarikan barangan setelah beberapa anggota polis tiba di rumah tersebut. - Agensi

Datuk Lee Chong Wei Kecundang

Peminat badminton kecewa lagi.....

Entah apa yang tidak kena dengan permainan Datuk Lee Chong Wei malam tadi ketika bertemu Taufik Hidayat. Akhirnya ternyata bahawa sekadar memegang tahta nombor satu ’BWF World Ranking’ tidak menjanjikan dapat memiliki gelaran ’Juara Dunia’.

Nampaknya memang benarlah ramai dikalangan peminat badminton negara telah muak dengan galaran nombor satu dunia tetapi tidak dapat menjuarai kejohanan-kejohanan besar seperti Juara Dunia di Paris.

Sudah pastinya seluruh peminat badminton negara rasa kecewa melihat persembahan Lee Chong Wei terutama pada set penentuan yang nampak beliau tidak melawan kehebatan Taufik Hidayat.

Akhirnya Taufik Hidayat dapat mengalahkan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei dari Malaysia untuk maju ke semifinal Kejuaraan Dunia di Paris, Prancis.

Juara dunia 2005 dan Olimpic 2004 itu berjuang selama satu jam untuk meraih kemenangan 21-15, 11-21, 21-12 ke atas Lee Chong Wei di Stadion Pierre de Coubertin dan membuka peluang meraih gelaran juara dunia untuk kedua kalinya.

"Saya tidak percaya saya menang hari ini karena dalam pertemuan terakhir di Indonesia Terbuka saya kalah," kata Taufik dalam wawancara di tepi gelanggang selesai pertandingan.

Kali terakhir Taufik mengalahkan Lee Chong Wei dua tahun lalu di Prancis Super Series 2008 dan selepas itu pertemuan sebanyak lima kali berturut-turut beliau tewas.

Lin Dan juga Tewas....

Pemain badminton terbaik yang penah dihasilkan China, Lin Dan gagal mempertahankan kejuaraan dunia apabila dia tewas kepada pemain Korea, Park Sung-Hwan di sini semalam.

Park yang juga pemain pilihan ke-13 mempamerkan aksi hebat dan berkesan untuk menghalang kemaraan juara tiga kali itu untuk menang, 21-13, 21-13.

Lin ketinggalan sejak awal lagi dan sekadar dilihat bersahaja apabila mata terus direbut lawan dan turut kelihatan seperti berpuas hati dengan cara permainan seperti kejar-mengejar mata sahaja.

8.26.2010

Nak Tengok Wajah Perogol Kanak-Kanak...

Perogol budak didakwa

MUKA YANG NAMPAK TENANG TAPI GANAS.... LEBIH GANAS DARI BABI HUTAN BERTANDUK & BERGIGI TARING YANG TAJAM... CUBA BAYANGKAN APA ANDA AKAN LAKUKAN KEPADA MANUSIA INI JIKA MANGSA KANAK-KANAK ITU ADALAH ANAK KESAYANGAN ANDA........

WAJAH MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN!!!!!

IPOH - Seorang pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol, meliwat dan menculik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 4 Ogos lalu.

Haris Iskandar Abdullah, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terbabit dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tan Hooi Leng.

Mengikut kertas pertuduhan Haris Iskandar didakwa merogol mangsa di tepi pagar Wisma OAB, Kota Bharu, Gopeng dekat sini antara pukul 8.15 hingga 10.30 malam pada 4 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah meliwat mangsa di satu kawasan semak-samun di Gopeng juga pada waktu dan tarikh yang sama.

Jika disabitkan kesalahan bagi pertuduhan pertama, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua disebut di bawah Seksyen 377c kanun yang sama.

Tertuduh yang berasal dari Tambun di sini tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farid Mohd. Mokhtar.

8.25.2010

Orang Gomen Dapat "Bantuan Khas Kewangan"

Syukur adanya....

Dengan adanya Duit Raya ini dapatlah orang2 gomen ni berbelanja di Hari Raya.Ini juga sebagai merangsang ekonomi.

Sebenarnya pemberian bonus nie boleh merancakkan ekonomi negara. Yang pastinya emak dan ayah kat kampung tentu dapat duit lebih sebab anak pun dapat duit lebih.

Mak Cik-mak cik dan kakak-kakak pengusaha kuih raya ramai tersenyum lebar sebab dapat banyak tempahan dan pastinya mendapat lebih keuntungan.

Peniaga-peniaga kecil terutama di kawasan kampung akan mendapat lebih masssukk, bila ramai anak perantauan akan balik kampung bersama-sama dengan duit bantuan khas nie... Itupun kalau ade lagi laaaa... Biasanya hari nie masuk, esok dah habis!!!

Apapun... Tetap bersyukur!!! Dan berbelanjalah dengan berhemah yaaa.

PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Soalan Kuiz Menjelang Sahur

Isu doa Khutbah di Pulau Pinang.....



Merujuk kepada Banner di atas sila jawab soalan berikut :

1. Nyatakan jenis majlis yang di jalankan...
A. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat
B. Majlis Bacaan Mentera Hindu
C. Majlis Penamaan Calon BN

2. Dimanakah lokasi majlis tersebut dijalankan?
A. Kuil Hindu
B. Masjid
C. Balairaya

3. Berikut adalah masa bagi majlis tersebut dijalankan....
A. Selepas sahur
B. Selepas acara di Kuil
C. Selepas solat Maghrib

4. Nyatakan nama calon yang bertanding dalam Pilihanraya P094 (Hulu Selangor)...
A. Kamalanathan
B. Kamal bin Nathan
C. Lim Guan Eng

5. Apakah bangsa dan agama yang di anuti oleh calon yang bertanding dalam
Pilihanraya tersebut?
A. Melayu-Islam
B. China-Buddha
C. India-Hindu

6. Pilih moto yang terdapat pada banner di atas....
A. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
B. Pemimpin Didahulukan Kroni Diutamakan
C. Motorola

7. Pilih kenyataan yang BENAR antara kaitan banner di atas dengan isu Doa
Khutbah ‘Lim Guan Eng’ di Pulau Pinang.....
A. Banner di atas sengaja dibuat oleh pihak Kerajaan Pakatan Rakyat
bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang di
Pulau Pinang
B. Banner di atas tidak wujud sama sekali
C. Pihak Umno-BN telah terlupa wujudnya banner di atas sebelum
memainkan isu tersebut

8. Nyatakan sifir yang digunakan oleh pihak Umno-BN Pulau Pinang berkaitan isu
Doa Khutbah ‘Lim Guan Eng’....
A. Sifir 2 x 5
B. Sifir 5 x 2
C. Dia orang tak tau baca sifir

9. Apakah peribahasa yang sesuai berkaitan isu di atas....
A. Paku dulang paku serpih
B. Paku payung paku bengkok
C. Campak bom meletup kat muka sendiri

10. Pada pendapat anda apakah persamaan dan perbezaan antara bacaan Yaasin, solat Hajat dan bacaan doa ketika khutbah?

Jawapan:

Persamaan - Semua berlaku di dalam Masjid
Perbezaan..... Lu pikir la sendiri!!!

8.20.2010

Tuah Seorang Nelayan

Nelayan kahwin anak bilionair....

LONDON - Nasib seorang nelayan yang hidup amat sederhana dari Dartmouth, Devon, Britain, Guy Barnett berubah serta-merta apabila dia bertemu jodoh dengan anak perempuan seorang individu yang merupakan antara paling kaya di dunia di Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum meninggalkan kampung halamannya di Devon, Barnett bertugas membawa pelancong untuk menangkap ikan tenggiri di atas sebuah bot kecil berusia 80 tahun.

Barnett kemudian meninggalkan Devon untuk bekerja sebagai kelasi di atas sebuah kapal layar mewah milik seorang bilionair Kanada, John Risley yang kini menjadi bapa mertuanya.

Barnett berkenalan dengan anak bilionair itu, Sarah ketika dia bekerja di atas kapal tersebut.

Pasangan itu berkahwin di rumah agam milik Risley di Kanada pada Jumaat lalu.

Majlis sederhana tersebut dihadiri oleh 150 tetamu.

Mereka kemudian belayar ke Eropah dengan penuh bergaya di atas sebuah kapal layar mewah, Northern Star yang bernilai AS$156 juta (RM488 juta).

Kapal itu singgah di Dartmouth untuk majlis resepsi yang mewah.

"Kami mengadakan majlis resepsi di atas kapal bagi membolehkan rakan-rakan saya menghadirinya," kata Barnett.

Dia dan isterinya, Sarah berbulan madu di atas kapal mewah enam tingkat yang disewa khas oleh bapa Sarah, John sebagai sebahagian daripada hadiah perkahwinan untuk mereka.

Barnett sebenarnya sudah lapan tahun bekerja dengan Risley, 62, pemilik sejumlah kapal penangkap ikan di Amerika Utara. - Agensi

8.17.2010

Apa Nak Jadi... Dah 65 Kes Buang Bayi

Kes buang bayi catat peningkatan...

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).


KUALA LUMPUR: Ketika gejala buang bayi hangat diperdebatkan di kalangan masyarakat, perangkaan kes pembuangan bayi mencatatkan peningkatan dengan penemuan mayat bayi perempuan dalam beg galas di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, kelmarin, adalah bayi ke 65 yang dibuang tahun ini.

Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini, 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.

Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.

“Kes buang bayi menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. Ia membabitkan pasangan rakyat tempatan, malah dilakukan warga asing.

“Pada tahun ini saja, 21 orang ditahan atas kesalahan membuang bayi yang mana enam sudah dituduh dan dua dijatuhkan hukuman,” katanya di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Mohd Bakri berkata, polis mempertimbangkan menyiasat kes buang bayi mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307.

“Peguam Negara memberikan kenyataan (buang bayi diklasifikasikan kes bunuh jika menyebabkan kematian). Ketua Polis Negara juga mengeluarkan kenyataan sama sebelum ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails