8.13.2010

Bufet Ramadhan Bercampur Arak

Hotel yang kurang ajar kita ajar....

Umat Islam pula perlu berfikir lebih mendalam setiap kali mereka ingin menjamah makanan di hotel-hotel sebegini. Jika ada sebarang function yang ingin dilaksanakan di sana, pihak urusetia wajib MEMBERI AMARAN DAN TUNTUTAN kepada pihak hotel dan Chef Executive bahawa mereka TIDAK MAHU sebarang percampuran arak atau menggunakan bekas babi dalam hidangan mereka.

Kata ulama, makan benda haram atau najis atau syubhah itu akan membawa kepada orang yang makan benda haram itu melakukan perkara yang HARAM. Harta sumber haram atau najis itu akan menghela ia membuat perkara haram sama ada ia mahu atau tiada mahu. Anggotanya akan membuat haram, matanya melihat yang haram, telinganya mendengar yang haram, mulutnya bertutur yang haram, tangannya mengerjakan yang haram, kakinya berjalan dan menuju pada perkara haram dan kemaluannya berbuat perkara haram, badannya mengerjakan yang haram, gerak-gerik dan kelakuannya berbuat perkara yang haram yang ditegah dan dilarang oleh Allah Ta’ ala.

Adalah wara’ (berjaga-jaga) dari perkara haram dan perkara yang syubhah (suatu perkara tiada diketahui atau belum tepat haram atau halalnya) dan mencari harta halal dan makan yang halal serta menjauhi perkara yang haram dalam pencarian dan makanan, pakaian dan lain-lain itu suatu perkara yang utama dalam Islam dan wara’ itu sebaik-baik dan seafdhal ibadat dibuat damping dan taat kepada Allah

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud :

“Hai manusia makanlah aleh kamu dari benda¬benda yang ada di bumi yang halal dan yang lazat dan nyaman dan jangan kamu ikut langkah syaitan yang mengajak tiada makan setengah-setengah benda, kerana bahawa syaitan seteru kamu yang nyata yakni ikut perintah Allah pada makan yang halal dan jangan ikut telunjuk syaitan itu.”


PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.
“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

Hukuman Gantung Bagi Kesalahan Membuang Bayi

Buang bayi boleh dihukum MATI!!!

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).

KUALA LUMPUR – Polis diarah menjalankan siasatan terhadap kes buang bayi sebagai percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat boleh ditakrifkan sebagai kes bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementeriannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah itu.

“Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes-kes ini sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat, sebagai kes bunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagi kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori manakala di bawah Seksyen 307 kanun sama iaitu cubaan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

8.10.2010

Ramadhan Datang Lagi....

Malam pertama solat Tarawikh...



Rasa syukur tak terhingga berkesempatan sekali lagi bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Malam nie merupakan solat Tarawikh yang pertama. Seluruh penjuru Masjid dipenuhi jemaah termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Suasana sesak begini biasanya sehingga malam ke 10 hinggalah malam ke 15. Selepas dari malam-malam itu akan mula sedikit berkurangan. Berkurangan saf-saf yang pada awalnya penuh. Entah tak pasti mengapa... Tapi itulah lumrah setiap kali Ramadhan datang lagi....

Firman Allah dalam Surah Baqarah : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. ” dan Sabda Rasulallah : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)



Sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman :

“Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi). Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT.



Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :

“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)



Di Bulan Ramadhan ini, jangan pula kita bersemangat kerana makanan, bersemangatlah dengan Ibadat kepada Allah. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa...

8.06.2010

Masalahnya Tak Tau Ada Saman Ekor...

Diskaun jika segera bayar saman ekor....

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang disaman sama ada ekor atau lain-lain saman lalu lintas akan diberi diskaun kompaun jika membayarnya dengan cepat dan sekiranya melengahkan saman, nilainya akan terus meningkat sehinggalah ke peringkat mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah terbabit adalah antara cadangan dibuat pihaknya berhubung penyelesaian masalah saman trafik termasuklah saman ekor.- HMetro Online.

Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan...'Blacklist!'

Nie apa cerita Tan Sri.... Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.

Ini kes terjadi pun baru-baru nie saje. Sebelum nie tak de. Kalau ada pun mereka yang ada saman secara langsung (saman POL 257 - saman bertanda tangan). Ramai antara pengguna yang kena 'blacklist' oleh pihak JPJ mempunyai saman pada tahun 2005 - 2007. Sedangkan mereka tidak pernah menerima sebarang notis saman tersebut.

Memanglah boleh cakap.... "kan kemudahan menyemak saman melalui sms ade... so tak de alasan kata tak tau ada saman ekor!!!".

Tapi sebagai seorang warga Malaysia yang bukan saja membayar cukai jalan malahan membayar macam-macam cukai lagi, mereka berhak menerima layanan secara adil dan saksama.

Yang semua rakyat 1Malaysia pelik bin herannya... tindakan PDRM mengarahkan JPJ menyenarai hitam mereka yang diberi notis saman. Saman ekor Polis yang buat , suruh pula JPJ 'blacklist....'. Lagi satu, saman ekor yang dikeluarkan oleh PDRM bukanlah berbentuk saman, tetapi hanya notis mengesahkan mahlumat.

Untuk menentukan bersalah dan dikenakan saman, ianya perlu dibawa ke mahkamah.Yang menentukan bersalah adalah mahkamah, bukan polis, bukan JPJ.


Maklumat Terkini :

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dilancar 2 Ogos lalu dalam usaha PAS membela nasib mereka yang menjadi mangsa saman ekor.

Kase berpendapat, selain menganiaya rakyat, saman ekor juga bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

Sehubungan itu, dalam fasa kempen mereka, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri minggu ini, dan membuat aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam masa terdekat.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan hari bertemu mangsa pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada mereka.

Bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor, pertemuan akan diadakan di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

Kenyataan PDRM suatu ketika dahulu. Persoalannya... Adakah para pengguna jalan raya telah diberikan keadilan yang sewajarnya.... Adakah ruang mereka untuk membela diri..... lu pikir la sendiri!!!!!

Dirogol Datuk Sejak Berumur 8 Tahun...

Kes rogol kanak-kanak lagi.....

BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.

Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.

Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.

Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal bersama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang bercuti dari asrama pada hujung minggu.

Menurutnya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

8.04.2010

Tahniah Qari Mesir & Qariah Pakistan

Tilawah Al-Quran Antarabangsa : Qari Mesir & Qariah Pakistan JOHAN...

KUALA LUMPUR: Peserta dari Mesir Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan Samia Khanan dinobatkan malam ini sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.

Sementara itu, qari dari Malaysia Wan Ainuddin Abdullah dan qariah dari Brunei Dayang Nurfaezah Emran muncul naib johan qari dan qariah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan. - BERNAMA

8.01.2010

Kadar Kompaun Baru Saman Trafik

Kompaun dan Saman...


Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Bermotor 1987 memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis trafik dan pihak berkuasa lain seperti majlis tempatan memberikan notis saman seperti dalam peruntukan Seksyen 53 & 115 RTA 1987 dan untuk Seksyen 45A VLBA 1987.


Sesiapa yang telah melakukan kesalahan yang melanggar Akta berkemungkinan akan diberikan notis untuk hadir ke Mahkamah. Pihak JPJ dan Polis Diraja Malaysia boleh mengeluarkan saman berdasarkan kedua-dua akta - Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Bermotor 1987.


Untuk menyemak kadar kompaun baru saman trrafik , klik disini

Anda boleh layari laman-laman di bawah untuk maklumat lanjut:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails