6.20.2012

Jenayah Melalui Maklumat di FB

Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online...

Salam untuk semua… Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal. Sebenarnya sekarang ini terlalu banyak kejadian culik, rogol, dan bunuh dalam Negara kita yang nampaknya aman dan makmur.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah dan ada yang sebaya dengan anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak. Dan mereka ni bukan orang kurang siuman.

Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita. Jadi anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda telah lakukan terutama dalam perkembangan dunia IT sekrang ini.

Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda......

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan orang-orang tertentu yang hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda untuk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut delete sahaja !

* Apa pun moralnya kita sebagai seorang yang mengaku Islam, dalam hati perlu ada niat untuk merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah di Negara kita yang katanya sebuah Negara Islam… Untuk merealisasikannya tentulah kita sebagai seorang rakyat yang boleh mengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang cenderung untuk melaksanakan Hukum Allah dimuka bumi Malaysia yang tercinta ini…. Takbir!!!!

6.14.2012

Pengundi Hantu Lagi dan Lagi dan Lagi!!!

LAWAK PENGUNDI HANTU....

Pada suatu hari, ada 5 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Swiss, seorang warga Cuba, seorang warga USA, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia...

Sedang dalam perjalanan, warga Swiss tu merasa gatal , lalu dia membuka jam tangan ROLEX nya , dan dibuang keluar keretapi semata-mata untuk menggaru tangannya...

Semua terkejut dengan tindakan si Swiss dan belum sempat bertanye, si Swiss ni kata " its ok.. too many ROLEX in Geneva ,".. tanpa mengendahkan kata-kata si Swiss tu, Orang Cuba pula mengeluarkn satu kotak cigar jenama.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. terperanjat besar dengan tindakan si Cuba ni, si Swiss bertanye, "why sir??Its very exclusive cigars!!,". Si Cuba menjawab," Dont worry , there is too many cigars in Cuba"..

Tiba tiba bunyi berdering "ring ring" tanpa berfikir panjang warga USA terus menbuang handphone itu keluar dari tingkap...Never mind its too many IPhone in USA too...jawab Si USA itu..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi... Belum sempat si Bangladesh kata apa-apa, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind ... too many Bangla in Malaysia,"....

Cerita nie dicedok dari ’torres nadal’





Penduduk lapor polis pengundi meragukan 

Penduduk Kampung Pandan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini tampil membuat laporan polis mendakwa terdapat pengundi meragukan didaftarkan di kampung mereka.

Mereka mendakwa terdapat 15 individu tidak dikenali didaftarkan menggunakan alamat di satu rumah dan 30 lagi didaftarkan menggunakan alamat tidak lengkap tanpa nombor.

Bekas ketua kampung di situ Arshad Ahmad, 50, mendakwa terdapat 15 orang yang tidak dikenalinya didaftarkan di alamat rumahnya di No 10 Jalan Molek, Kampung Pandan. "Saya buat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dua minggu lepas.

"Tahun 2008 (sebelum mengundi) juga saya ada periksa tapi (nama mereka) tiada," katanya. Menurutnya, laporan itu juga dibuat kerana beliau risaukan keselamatan diri dan keluarganya dengan pendaftaran individu yang tidak dikenali pada alamat beliau.

"Tindakan ini saya buat bukan kerana ia isu politik tetapi atas isu keselamatan," katanya. Seorang lagi penduduk Mahadi Abdul Rashid pula membuat laporan polis mendakwa 30 orang individu tidak dikenali didaftarkan pada alamat tidak lengkap di Lorong Kemajuan, Kampung Pandan.

Cerita lanjut klik di sini

6.12.2012

ANAK BAPAK....


Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta


Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Posthari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev
Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. 

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

6.06.2012

WWW 15 : Adakah Duit Rakyat Yang Terkorban?



Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.

Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut. Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran. Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ. 

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak bayar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali. 

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails